Pengaplikasian konvensyen perlembagaan di Malaysia

Nazri, Muslim and Osman, Md Rasip and Khairul Hamimah, Mohammad Jodi and Abdullah, Ibrahim (2020) Pengaplikasian konvensyen perlembagaan di Malaysia. In: Proceeding: International Conference on Business, Technology, Tourism, Education, Culture and Social Science 2020 BISTEC 2020, 08-09 Aug 2020, Putrajaya, Malaysia.

[img] Text
FH03-PPT-20-40803.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Di Malaysia, tidak ada satu institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan yang merujuk kepada doktrin pengasingan kuasa iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis adalah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah seperti United Kingdom. Selain daripada perlembagaan, ada amalan yang dianggap mustahak menjadi sebahagian daripada prinsip-prinsip perlembagaan. Amalan ini dikenali sebagai Konvensyen Perlembagaan atau adat resam Perlembagaan. Konvensyen perlembagaan adalah suatu amalan bukan undang-undang dan lebih mirip kepada etika politik dan tidak akan dikuatkuasakan oleh mahkamah. Sungguhpun mustahak, sekiranya amalan ini tidak dipatuhi, tidaklah boleh dibawa perkara ini ke mahkamah supaya dipaksakan mematuhinya, tetapi jika tidak dipatuhi, akan menyebabkan sukar bagi sesuatu perlembagaan itu hendak berjalan dengan lancar. Perbincangan makalah ini akan membincangkan konvensyen perlembagaan dari segi kontrak sosial, pelantikan Perdana Menteri, pelantikan jawatan utama negara dan tanggungjawab bersama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Konvensyen perlembagaan, Perlembagaan Persekutuan, kontrak sosial, tanggungjawab bersama, Melayu
Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 23 Nov 2020 07:25
Last Modified: 23 Nov 2020 07:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1857

Actions (login required)

View Item View Item