Penggunaan Simplified Sheets Bagi Memudahkan Penilaian Outcome Based Education (OBE) Untuk Fasilitator Sambilan Kokurikulum Unisza

Norkhairani, Abdul Rawi and Hasni, Hassan and Mohd Rahim, Ariffin and Salman, Lambak and Mohd Firdaus, Yahaya and Abdullah, Ibrahim (2019) Penggunaan Simplified Sheets Bagi Memudahkan Penilaian Outcome Based Education (OBE) Untuk Fasilitator Sambilan Kokurikulum Unisza. In: National University Cocurricular Conference, 10-11 July 2019, UPM, Serdang.

[img] Text
FH03-FIK-19-25937.pdf
Restricted to Registered users only

Download (281kB)

Abstract

Pusat Pembangunan Pelajar Holistik (PPHP) adalah pusat yang mengurus mata pelajaran kokurikulum untuk semua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tanpa mengira lokasi kampus. Kebanyakan fasilitator yang dilantik untuk subjek kurikulum adalah kakitangan bukan akademik luar UniSZA atau kakitangan UniSZA bukan akademik. Oleh itu pada akhir semester, markah yang diperolehi oleh pelajar perlu dimasukkan oleh staf PPHP kerana fasilitator tidak diberikan akses kepada sistem peperiksaan yang dipanggil SISMAK. Ini membawa kepada beberapa masalah seperti kelewatan, pengiraan markah yang salah, pembezaan markah untuk pelajar yang sama untuk beberapa borang dan tertinggal markah pelajar. Untuk mengatasi halangan-halangan ini, satu template fail dalam MS EXCEL yang diberi nama Simplified Sheets telah dibangunkan bagi membantu fasilitator. Kesemua helaian yang diperlukan bagi tujuan mesyuarat pengesahan markah peringkat akhir disatukan dalam satu fail dan dihubungkan untuk memastikan markah yang akhir adalah markah yang diambil daripada rubrik penilaian secara automatik. Markah penilaian juga dikumpulkan bagi setiap Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) bagi memudahkan penilaian berterusan dilaksanakan sebagaimana yang diperlukan dalam pendekatan Outcome Based Education (OBE). Fail kemudian diubah menjadi format .csv sebelum diimport ke SISMAK. Simplified Sheets juga disediakan juga bagi menghasilkan laporan Continuous Quality Improvement (CQI) untuk membolehkan penambahbaikan pencapaian hasil dibuat pada semester seterusnya. Penilaian terhadap keberkesanan Simplified Sheets dicerap melalui beberapa parameter yang diperolehi daripada sebahagian besar fasilitator yang dibahagikan kepada kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan dengan memberikan tugasan untuk setiap kumpulan untuk tujuan pengumpulan data. Hasil yang diperolehi daripada penilaian ini menunjukkan penjimatan masa dan penurunan kadar ralat semasa proses memuktamadkan markah akhir pelajar. Fasilitator juga diberikan beberapa soalan tinjauan bagi melihat kebolehgunaan dan kebolehpenerimaan penggunaan Simplified Sheets dalam memudahkan penilaian mereka. Hasil tinjauan mendapati bahawa majoriti fasilitator bersetuju dengan PERSIDANGAN KEBANGSAAN KOKURIKULUM UNIVERSITI 10-11 JULAI 2019 Serdang, Malaysia bahawa Simplified Sheets mudah digunakan serta mengurangkan kesilapan markah sebelum ini..

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Informatics & Computing
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Nov 2020 07:19
Last Modified: 22 Nov 2020 07:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1764

Actions (login required)

View Item View Item