Kesetaraan gender dalam islam: satu analisis

Azli Fairuz, Laki and Siti Nor Fazillah, Abdullah and Normadiah, Daud and Mohd Borhanuddin, Zakaria (2018) Kesetaraan gender dalam islam: satu analisis. In: Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15 Sep 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-15439.pdf
Restricted to Registered users only

Download (817kB)

Abstract

Gerakan feminisme secara konsisten mendakwa wanita dalam Islam didiskriminasi dan diperlakukan secara tidak adil. Mereka mendakwa ulama traditionalis menafsir teks Islam secara bias yang mengakibatkan wanita terkongkong di bawah penguasaan lelaki dan menjadi mangsa ketidaksetaraan dan diskriminasi gender. Sebagai tindak balas, feminis mula melaungkan tuntutan kesetaraan gender. Isu ini menjadi polemik kerana tuntutan mereka menyentuh sistem, prinsip dan hukum-hakam Islam. Kajian ini bertujuan untuk memahami konsep kesetaraan gender, seterusnya diskriminasi dan bias gender yang didakwa berlaku dalam Islam. Kajian ini juga ingin melihat konsep kesetaraan gender dari sudut pandangan Islam. Metod yang digunapakai dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif dan menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu dengan mengumpul dan menganalisis kandungan teks. Kajian menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf kesetaraan gender dalam sebahagian aspek hukum-hakamnya. Di samping itu, kajian juga membuktikan bahawa Islam lebih mengutamakan konsep keadilan gender berbanding kesetaraan gender secara mutlak yang mungkin tidak mendatangkan keadilan. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa Islam mendiskriminasi wanita adalah tidak benar. Kajian juga mencadangkan supaya perbezaan gender ini dilihat sebagai hubungan lengkap-melengkapi dan bukannya hubungan persaingan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 19 Nov 2020 01:47
Last Modified: 19 Nov 2020 01:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1621

Actions (login required)

View Item View Item