Jati diri kaum wanita dalam kitab murshid akhawat al-akhirah

Mohamad Zaidin, Mat@Mohamad and Nur Fatin Izati, Mohamad Amin (2018) Jati diri kaum wanita dalam kitab murshid akhawat al-akhirah. In: Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari, 17 Sep 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-15443.pdf
Restricted to Registered users only

Download (504kB)

Abstract

Masyarakat Islam seluruh dunia secara umumnya melihat persoalan jati diri Islam secara serius selepas berlakunya era globalisasi. Satu istilah yang sudah disebut-sebut sejak pertengahan tahun 1980 dan menjadi popular sekitar tahun 1990. Menurut al-`Ani (2009), dua faktor utama yang mendasari situasi ini, iaitu rasa terancam dan rasa keperluan melakukan islah dan reformasi. Dalam keadaan sekarang, keperluannya lebih mendasar dengan segala perkembangan dan perubahan dunia meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar dan sebagainya. Masyarakat Islam dunia, dan khususnya di Malaysia tidak boleh berdiam diri, malah perlu berpartisipasi dengan masyarakat global dalam melakarkan perubahan kehidupan mereka selaras dengan arus perkembangan semasa dunia. Namun begitu, setiap perubahan mahupun islah yang ingin dilakukan perlu menepati syariah dan tidak menyimpang dari kehendak dan panduan Islam yang suci. Di sinilah letaknya kepentingan jati diri Islam. Tanpa jati diri yang kuat, umat Islam akan hanyut dengan ideologi-ideologi semasa yang tidak selari dengan nilai peradaban, sejarah mahupun budaya Islam (Imarah, 2004).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 19 Nov 2020 01:32
Last Modified: 19 Nov 2020 01:32
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1617

Actions (login required)

View Item View Item