Penelitian Terhadap Perbezaan Bacaan Qiraat Mutawatir Pada Kalimah (لامسنم): Perkaitan, Kesan Dan Pertaliannya Pada Hukum Fiqh

Mohd A' Tarahim, Mohd Razali and Ahmad Zahid, Salleh and Mohd Faiz Hakimi, Mat Idris and Normadiah, Daud and Sofyuddin, Yusof and Nor Hafizi, Yusof and Abdillah Hisham, Ab. Wahab (2017) Penelitian Terhadap Perbezaan Bacaan Qiraat Mutawatir Pada Kalimah (لامسنم): Perkaitan, Kesan Dan Pertaliannya Pada Hukum Fiqh. In: 2nd International Conference On Education Islamic Studies and Social Sciences research, 18-20 March 2017, Universitas Sangga Buana, Bandung.

[img] Text
FH03-FKI-17-09452.pdf
Restricted to Registered users only

Download (613kB)

Abstract

Qiraat Mutawatir adalah antara disiplin ilmu al-Quran yang mempunyai pertalian rapat dengan pelbagai disiplin ilmu Islam, termasuklah fiqh. Impak ilmu ini ternyata amat dominan dalam menentukan perbezaan pola dan corak hukum Fiqh Islami dalam kalangan Fuqaha‟. Hubungan yang begitu signifikan ini dari sisi pandang yang lain turut dilihat memainkan peranan khusus dalam penginstibatan hukum fiqh yang diasaskan dalam sesuatu mazhab fiqh. Pandangan mengatakan bahawa bacaan Qiraat seseorang Fuqaha itu dilihat menjadi satu sandaran utama dalam pengeluaran sesetengah hukum fiqh dalam mazhab berkenaan, dilihat membawa kesamaran terhadap peranan dan perkaitannya. Justeru, keadaan ini memerlukan penghuraian agar ia dapat difahami dalam konteks yang sebenar. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan. Himpunan maklumat dan data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif, induktif, deduktif dan komparatif. Kajian mendapati bahawa ilmu Qiraat adalah salah satu sumber utama dalam penentuan hukum fiqh. Ia amat mempengaruhi pola perbincangan para ilmuan Islam dalam bidang Qiraat dan Fiqh. Usaha bersistematik dan berterusan perlu dilakukan bagi menjana pengetahuan Qiraat secara holistik kepada sasaran dan memastikan pemahaman terhadap ilmu Qiraat dan Fiqh berada pada jajarannya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 06:44
Last Modified: 18 Nov 2020 06:44
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1591

Actions (login required)

View Item View Item