Perbelanjaan mas kahwin oleh suami sebagai penunaian hak wanita dalam al-quran

Syh Noorul Madihah, Syed Husin and Raihanah, Azahari and Asmak, Ab Rahman (2018) Perbelanjaan mas kahwin oleh suami sebagai penunaian hak wanita dalam al-quran. In: Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15 Sep 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-17393.pdf
Restricted to Registered users only

Download (813kB)
Official URL: http://www.fki.unisza.edu.my

Abstract

Kewajipan pemberian mas kahwin oleh suami kepada isteri telah dinaskan melalui al-Quran dan hukumnya telah disepakati oleh ulamak. Perubahan masa dan suasana telah merubah corak pemberian mas kahwin masyarakat semasa berbanding dengan apa yang pernah berlaku dan dianjurkan pada zaman awal pensyariatan mas kahwin. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh kewujudan pelbagai adat pemberian harta yang lain untuk isteri dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru itu, artikel ini akan mengulas corak perbelanjaan mas kahwin yang diberikan oleh suami kepada isteri dalam perkahwinan mereka. Ia bertujuan bagi mengkaji sejauh mana perbelanjaan tersebut telah memenuhi hak wanita yang disebut dalam al-Quran. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menilai sama ada perbelanjaan yang berlaku memenuhi anjuran perbelanjaan untuk mas kahwin sebagai mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para fuqaha. Melalui metode temu bual semi struktur, seramai 30 pasangan informan yang dipilih melalui prosedur persampelan bertujuan telah ditemu bual. Rakaman temu bual disusun dan dianalisis mengikut kaedah tematik berdasarkan kepada kehendak kajian. Melalui bantuan perisian ATLAS.ti versi 7.5.6., data-data yang diperolehi diteliti, seterusnya proses pengekodan dan pengkategorian berdasarkan ciri-ciri data dilakukan untuk mengemukakan tema berkaitan dengan fenomena yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan perbelanjaan untuk mas kahwin yang telah dikeluarkan oleh suami telah memenuhi hak seorang isteri yang disebutkan dalam al-Quran. Kajian turut mendapati ramai di antara informan membelanjakan mas kahwin dengan kadar yang tidak bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh sebahagian fuqaha Syafi’i.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 04:37
Last Modified: 18 Nov 2020 04:38
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1584

Actions (login required)

View Item View Item