Cabaran wanita kerjaya dalam memenuhi anjuran penyusuan susu ibu dalam al-quran

Syh Noorul Madihah, Syed Husin and Normadiah, Daud and Tg Fatimah Muliana, Tg Muda and Ramlah, Mat Ali (2018) Cabaran wanita kerjaya dalam memenuhi anjuran penyusuan susu ibu dalam al-quran. In: Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15 Sep 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-17394.pdf
Restricted to Registered users only

Download (304kB)

Abstract

Al-Quran menganjurkan kepada wanita agar melengkapkan penyusuan susu ibu selama dua tahun. Bagi wanita kerjaya, anjuran ini bukanlah merupakan satu perkara yang mudah untuk dipenuhi. Mereka sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan disebabkan faktor kerja yang mengurangkan waktu untuk bersama dengan bayi yang disusu. Cabaran yang dihadapi pastinya jauh berbeza dengan wanita yang tidak bekerja, kerana mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk menyusukan bayi secara langsung. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengulas bagaimana wanita bekerjaya menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan keinginan mereka untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun dalam situasi bekerja. Melalui metode temu bual semi struktur dengan lima orang wanita kerjaya yang pernah menyusukan anak sepanjang tempoh pekerjaan, dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh peserta kajian. Walaupun begitu, mereka telah berjaya menempuhi cabaran tersebut dengan jayanya. Kajian ini diharapkan dapat memberi sokongan kepada wanita kerjaya untuk memenuhi anjuran al-Quran untuk memilih susu ibu sebagai makanan pertama kepada anak dan berusaha untuk melengkapkan penyusuan tersebut selama dua tahun. Selain itu, ia juga dapat memberi input kepada para majikan dalam memberi sokongan dan motivasi kepada pekerja wanita mereka untuk memenuhi anjuran ini dalam menghasilkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berkualiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 04:33
Last Modified: 18 Nov 2020 04:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1583

Actions (login required)

View Item View Item