Ke arah merealisasikan tuntutan al-quran dalam penunaian hak ibu bapa melalui cadangan pembinaan model pelan pembiayaan nafkah ibu bapa patuh syariah (PPNIBPS)

Syh Noorul Madihah, Syed Husin and Siti Fatimah, Salleh and Siti Khadijah, Ismail and Tengku Fatimah Muliana, Tengku Muda and Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Sumayyah, Abdul Aziz (2018) Ke arah merealisasikan tuntutan al-quran dalam penunaian hak ibu bapa melalui cadangan pembinaan model pelan pembiayaan nafkah ibu bapa patuh syariah (PPNIBPS). In: Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 16 Sep 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-17396.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Nafkah ibu bapa merupakan suatu tuntutan Syariat Islam terhadap anak-anak yang berkemampuan. Bersandarkan nas-nas al-Quran, fuqaha telah bersepakat tentang kewajipan pemberian nafkah kepada ibu bapa. Begitu pun secara realitinya pemberian nafkah kepada ibu bapa tidak lagi menjadi keutamaan anak-anak disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Kesannya, ada di antara mereka yang terluput kesempatan untuk mendapatkan kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa, sekali gus menunaikan tanggungjawab yang menjadi tuntutan al-Quran ini. Bagi menyelesaikan isu tersebut, satu pelan pembiayaan nafkah ibu bapa dirasakan perlu distrukturkan demi membantu anakanak melaksanakan tanggungjawab tersebut secara lebih efisien dan konsisten. Justeru, berasaskan kepada metode dokumentasi, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tuntutan al-Quran terhadap penunaian nafkah ibu bapa dan mengenal pasti keperluan pembinaan model Pelan Pembiayaan Nafkah Ibu Bapa Patuh Syariah (PPNIBPS). Selain itu, kajian juga berusaha mengemukakan gambaran awal cadangan pembinaan model PPNIBPS sebagai satu mekanisme untuk membantu pelaksanaan pembiayaan nafkah ibu bapa. Kajian mendapati gesaan al-Quran untuk berbuat baik kepada ibu bapa adalah merangkumi kewajipan pembiayaan nafkah mereka oleh anakanak. Kajian turut menemukan terdapat empat faktor utama terhadap keperluan pembinaan model PPNIBPS iaitu penunaian nafkah secara tidak konsisten, jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak, kelemahan dalam menguruskan tanggungjawab serta kesibukan dalam berkerjaya. Kajian ini diyakini dapat memberi satu impak positif dalam menghasilkan PPNIBPS yang holistik bagi memperkasa pengukuhan aspek tanggungjawab dalam sistem kekeluargaan Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 04:27
Last Modified: 18 Nov 2020 04:27
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1581

Actions (login required)

View Item View Item