Daya Maju Pasar Borong Di Malaysia : Perspektif Pemegang Taruh

Ibrahim, Mamat and Wan Norhayate, Wan Daud and Safrul Izani, Mohd Salleh and Wan Musa, Wan Muda and Fakhrul Anwar, Zainol and Nurdalila, Mukhtar (2017) Daya Maju Pasar Borong Di Malaysia : Perspektif Pemegang Taruh. In: In The 5th International Seminar on Entrepreneurship and Business, University of Andalas, Padang Indonesia, 16-17 November 2017, University of Andalas, Padang.

[img] Text
FH03-IDAMAN-17-09474.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Usaha-usaha ke arah penambahbaikan sistem pemborongan di Malaysia perlu dilaksanakan mengikut perancangan strategik yang lengkap dan teratur dengan melibatkan semua pihak berkepentingan secara langsung atau tidak langsung. Ini penting bagi menjamin aktiviti jual beli dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan. Pasar borong merupakan medium bagi pengeluar untuk memasarkan hasil pertanian mereka dan pada masa yang sama pengguna akan mendapat bekalan makanan yang berterusan dengan kualiti harga yang berpatutan. Justeru, kerajaan Negeri Terengganu mengambil pendekatan ini melalui cadangan pembinaan Pasar Borong Bukit Payong yang terletak di daerah Marang di mana ia merupakan Pasar Borong Negeri yang menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian negeri dan pengedaran makanan (pertanian, penternakan dan perikanan) dan keperluan harian kepada pengguna serta penduduk Negeri Terengganu keseluruhannya. Pembinaan Pasar Borong Negeri ini juga adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk memajukan sistem pemasaran produk pertanian dan industri asas tani di negeri ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
J Political Science > JS Local government Municipal government
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 04:10
Last Modified: 18 Nov 2020 04:10
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1577

Actions (login required)

View Item View Item