Penterjemahan isti’arah dan kinayah dalam teks al-quran

Noor Eliza, Abdul Rahman and Nooraihan, Ali and Noor Anida, Awang and Zulazhan, Ab. Halim (2018) Penterjemahan isti’arah dan kinayah dalam teks al-quran. In: Seminar Antarabangsa Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari, 15 Sep 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-18286.pdf
Restricted to Registered users only

Download (958kB)

Abstract

Isti’arah dan kinayah merupakan antara ungkapan figuratif yang terdapat dalam bahasa Arab. Isti’arah bermaksud penggunaan perkataan bukan dengan makna asalnya dan hubungan antara makna asal dengan makna majazi dibina atas dasar persamaan. Kinayah pula adalah kata-kata yang tidak dimaksudkan dengan pengertian yang zahir. Kedua-dua elemen ini banyak dibicarakan oleh pengkaji ilmu terutamanya dalam bidang pengajian al-Quran dan balaghah Arab. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh penterjemah Arab-Melayu dalam menangani kedua-dua elemen ini dalam teks al-Quran di samping melihat strategi penterjemahan yang paling sesuai bagi ungkapan isti’arah dan kinayah. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan. Data kajian diambil daripada Tafsir Pimpinan al-Rahman, tafsir al-Haramain dan Mushaf al-Farid. Lima ayat isti’arah dan lima ayat kinayah yang dipilih dianalisis berdasarkan strategi penterjemahan isti’arah yang disarankan oleh Majdi (2009). Analisis strategi penterjemahan dibuat antara padanan terjemahan dalam ketiga-tiga teks terjemahan Tafsir tersebut. Dapatan kajian menunjukkan tiga strategi yang paling kerap digunakan oleh penterjemah adalah strategi penterjemahan literal, strategi pentafsiran dan strategi penjelasan melalui nota kaki. Kajian ini juga mendapati ungkapan isti’arah sebaiknya ditangani dengan strategi penterjemahan literal dan strategi pentafsiran manakala gabungan strategi penterjemahan literal dan strategi penjelasan pula dilihat paling sesuai dalam menterjemah ungkapan kinayah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 04:47
Last Modified: 17 Nov 2020 04:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1510

Actions (login required)

View Item View Item