Kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama berasaskan strategi dan pelaksanaan iklim dini: satu kajian rintis

Raihan, Mohd Arifin and Kamarul Shukri, Mat Teh (2018) Kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama berasaskan strategi dan pelaksanaan iklim dini: satu kajian rintis. In: 6th International Conference on Islamic Education: Rabbani Education, 26 Nov 2018, Kota Bharu, Kelantan..

[img] Text
FH03-FKI-18-18307.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Iklim sekolah telah dikaji secara meluas dalam pelbagai konteks dan dimensi berasaskan teori yang berbeza. Dimensi utama iklim dalam Islarn yang melibatkan persekitaran, penghayatan serta pengamalan cara hidup masih kurang dikaji. Oleh itu, kajian untuk meninjau adakah iklim dini dihayati serta diamalkan dalam membentuk kemenjadian pelajar di sekolah-sekolah menengah agama dijalankan. Bagi tujuan tersebut, satu kajian lintis untuk mengesahkan dan mengukur kebolehpercayaan instrumen iklim dini telah dilakukan. Kesahan kandungan telah disemak oleh tujuh orang pakar. Kajian rintis pula dijalankan bagi mendapat kesahan muka dan kebolehpercayaan instrumen. Ia melibatkan pelajar di tiga jenis sekolah menengah agama yangberbeza iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di negeri Kelantan. Seramai 105 orang pelajar tingkatan empat dipilih secara rawak bebas dari ketiga-tiga jenis sekolah. Dapatan kesahan instrumen secara keseluruhannya memperakui bahawa item-item yang terdapat dalarn instrumen ini mampu mengukur aspek kandungan yang hendak diukur. Pandarigan dan cadangan daripadatujuh orang panel pakar dan juga responden ini telah diperbaiki. Seterusnya, kajian rintis ini dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (IBM SPSS versi 22) dalam menenhrkan nilai pekali Alpha Crbnbach. KebolehpercayaanAlpha Cronbach bagi ketujuh-tujuh konstruk berada di antara 0.60 dan 0.96 iaitu pada tahap yang tinggi dan boleh diterima. Dapatan kajian rintis ini harap dapat dijadikan rujukan kepada penyelidik untuk pereplikaan kajian dalam konteks yangberbezabagi membentuk pelajar secara seimbang. Kemenjadian pelajar secara holistik akan terhasil dengan wujudnya iklim dini di sekolah-sekolah agama yang akan memirnpin generasi rabbani. Implikasi

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 04:26
Last Modified: 17 Nov 2020 04:26
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1503

Actions (login required)

View Item View Item