Zeti Akhtar: ikon pembangunan sistem kewangan islam Malaysia

Nadhirah, Nordin and Sumayyah, Abdul Aziz and Mariam Nabilah, Mohd Noor (2018) Zeti Akhtar: ikon pembangunan sistem kewangan islam Malaysia. In: International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15 Sep 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-18310.pdf
Restricted to Registered users only

Download (445kB)
Official URL: http://www.fki.unisza.edu.my

Abstract

Zeti Akhtar dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh selama 16 tahun dan beliau merupakan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Beliau juga digelar sebagai pemimpin kewangan negara dan telah menjadi salah seorang wanita yang paling berkuasa di Malaysia. Hasil pentadbiran di Bank Negara, Malaysia berjaya menjalani pemulihan daripada krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia lebih pantas daripada yang dijangka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan Zeti Akhtar kepada pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia. Keperluan kepada ikon tokoh kewangan yang berwibawa seperti Zeti Akhtar amat perlu diketengahkan memandangkan di bawah pentadbiran beliau, terdapat pelbagai inisiatif berkesan yang dilaksanakan telah memberi impak positif kepada sektor kewangan Islam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan memperoleh data kajian melalui analisis dokumen. Data berkaitan sumbangan Zeti Akhtar diperolehi daripada buku, akhbar dan ucapan rasmi. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema (thematic analysis). Dapatan kajian menunjukan di bawah pimpinan Zeti Akhtar, kewangan Islam berkembang daripada sebuah segmen kebitaraan (niche segment) kepada sistem kewangan arus perdana, dan daripada segmen yang bertumpukan domestik kepada segmen yang relevan pada peringkat dunia. Kepakaran dan kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bahkan juga oleh dunia kewangan antarabangsa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 04:14
Last Modified: 17 Nov 2020 04:14
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1501

Actions (login required)

View Item View Item