Pendekatan isqat tadbir al-‘Uyub dalam memperkasakan ketahanan diri wanita

Siti Hajar, Mohamad Yusoff and Nor Shakirah, Azizan and Siti Fatimah, Salleh (2018) Pendekatan isqat tadbir al-‘Uyub dalam memperkasakan ketahanan diri wanita. In: International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15 Sep 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-20480.pdf
Restricted to Registered users only

Download (824kB)

Abstract

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan unsur ketahanan diri dalam proses membangunkan generasi yang berupaya mencapai kesejahteraan diri. Rentetan daripada usaha kerajaan tersebut secara tidak langsung memperlihatkan kepentingan aspek ketahanan diri dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa. Terdapat kajian yang menunjukkan wanita mempunyai tahap ketahanan diri yang lebih rendah berbanding lelaki. Namun, aspek ketahanan diri ini boleh diasah dan dipelajari. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan mencadangkan penyelesaiannya menerusi pendekatan Isqat Tadbir Al-’Uyub dalam memperkasakan ketahanan diri agar terhindar dari tekanan dan masalah jiwa akibat dari kurangnya pemahaman tentang ajaran al-Quran. Bagi menjawab persoalan dan tujuan kajian, reka bentuk pendekatan kualitatif menggunakan analisis dokumen diaplikasikan dalam kajian ini. Metod kajian ini berdasarkan kajian perpustakaan dengan menganalisis kitab turath. Kajian ini mendapati pendekatan Isqat Tadbir Al-’Uyub mampu menyumbang dalam melahirkan golongan wanita, khususnya muslimah yang berdaya tahan seterusnya berupaya memberi sumbangan dalam konteks pembangunan keluarga, masyarakat, dan Negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 02:00
Last Modified: 17 Nov 2020 02:00
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1477

Actions (login required)

View Item View Item