Itqan al-Muluk: Pemeliharaan Kedaulatan Watan dan Peranan Ulama’

Haji Mohamed Anwar, Omar Din and Hanif, Md Lateh @ Junid and Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain and Anisah, Che Ngah (2017) Itqan al-Muluk: Pemeliharaan Kedaulatan Watan dan Peranan Ulama’. In: Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VII: Ulama dan Pemikiran Wasatiyyah Nusantara, 8-9 August 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
FH03-FSSG-17-10510.pdf
Restricted to Registered users only

Download (515kB)

Abstract

Itqan al-Muluk merupakan dokumen tataurus tadbir penting kerana ia adalah perlembagaan bertulis moden kerajaan Terengganu seawal abad ke 20M. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan Itqan al-Muluk sebagai satu atestasi kedaulatan watan. Bertitik tolak dari sebuah perlembagaan berbentuk moden, Itqan alMuluk melestarikan kedaulatan watan dalam empat aspek, iaitu; pertama, raja adalah pemerintah sebuah kerajaan merdeka; kedua, pemerintahnya mengekalkan agama watan sebagai anutan dan pegangan hidup; ketiga, pemerintah naik takhta atas syura dan bai’ah; keempat, pemakaian prinsip perlembagaan watan. Makalah ini menghubungkan keberadaan empat aspek di atas sebagai bukti peranan para ulama’. Makalah ini menggunakan metod kualitatif yang mengaplikasi pendekatan sejarah perundangan (Legal History). Makalah ini menjadikan Itqan al-Muluk sebagai sumber primer. Sumber kedua, iaitu tulisan-tulisan yang sudah diterbitkan, turut dirujuk untuk mengesahkan data sekaligus mencorakkan kronologi penulisan. Makalah ini merumuskan empat aspek yang terkandung dalam Itqan al-Muluk merupakan atestasi pemeliharaan kedaulatan watan hasil peranan bersama para ulama’ dalam pemerintahan Kerajaan Melayu Terengganu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > KZ Law of Nations
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 07:12
Last Modified: 16 Nov 2020 07:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1457

Actions (login required)

View Item View Item