Masih relevankah perbincangan tentang “sastera islam” dalam konteks sastera melayu?

Mohd Shahrizal, Nasir (2018) Masih relevankah perbincangan tentang “sastera islam” dalam konteks sastera melayu? In: Seminar Serantau Peradaban Islam 2018, 14 Nov 2018, UKM.

[img] Text
FH03-FBK-18-22497.pdf
Restricted to Registered users only

Download (650kB)

Abstract

Fenomena “Sastera Islam” muncul sekitar tahun 1970an yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan dakwah di Malaysia. Fenomena ini membuatkan ramai kalangan penggiat sastera Melayu memperhebatkan penghasilan karya kreatif yang bertunjangkan “Sastera Islam”. Hasilnya, keislaman karya diperagakan dengan pemanfaatan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis, penggunaan perkataan bahasa Arab, latar tempat Timur Tengah, kisah sejarah Islam, kaligrafi Arab pada kulit karya sastera dan lain-lain. Ini rata-rata diterima sebagai “Sastera Islam” atau “Sastera Berunsur Islam”, malah ia diperakui sendiri secara jelas oleh penulis sebagai karya “Sastera Islam”. Persoalannya adakah perkara ini hanya berlaku sekitar tahun 1970an atau ia masih berlaku hingga kini. Oleh itu, kertas kerja akan merungkai perkara ini dengan melihat dua perkara yang dikaitkan dengan petunjuk identiti keislaman (identity maker) dalam karya sastera iaitu pemanfaatan ayat-ayat al-Quran dan penggunaan perkataan Arab. Dengan bersandarkan kepada beberapa kitab tafsir dan kamus bahasa Arab sebagai sumber rujukan, kertas kerja ini mengenal pasti dan seterusnya menyanggah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan perkataan Arab dalam novel, serta menolak usaha penulis novel yang menyalurkan perkara salah kepada pembaca semata-mata ingin mewajarkan penggunaan label “Sastera Islam”. Hal ini membawa kepada kesimpulan bahawa perbincangan mengenai “Sastera Islam” masih relevan malah menjadi satu kemestian selagi wujudnya usaha penulis menghasilkan karya yang diklasifikasikan sebagai karya “Sastera Islam” ataupun difahami oleh pembaca sebagai karya dalam kategori tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 04:24
Last Modified: 16 Nov 2020 04:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1431

Actions (login required)

View Item View Item