Peranan Tok Ku Paloh menerusi Tinjauan Kes Pahlawan Pahang dan Penggubalan Itqan al-Muluk

Razi, Yaakob and Hanif, Md Lateh @ Junid and Izziah Suryani, Mat Resad @ Arshad and Mohd Fadli Shah, Abdul Aziz (2017) Peranan Tok Ku Paloh menerusi Tinjauan Kes Pahlawan Pahang dan Penggubalan Itqan al-Muluk. In: Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VII: Ulama dan Pemikiran Wasatiyyah Nusantara, 8-9 August 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
FH03-FUPL-17-11303.pdf
Restricted to Registered users only

Download (429kB)

Abstract

Tok Ku Paloh merupakan seorang ulama yang masyhur dalam sejarah Terengganu. Kedudukan beliau selaku Shaykh al-Islam pada era Sultan Zainal Abidin III menjadikan nama beliau terpahat kukuh dalam lipatan sejarah Terengganu. Beliau merupakan tokoh ulama terbilang yang memberi sumbangan besar kepada umat Islam pada masa tersebut. Kajian ini bertujuan membuat tinjauan awal terhadap peranan Tok Ku Paloh dalam kes pahlawan Pahang dan penggubalan Perlembagaan Terengganu 1911. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan reka bentuk kajian yang digunakan adalah jenis analisis kandungan (content analysis) serta kajian pensejarahan. Instrumen kajian berbentuk dokumen, temu bual dan sumber sekunder. Tatacara penganalisaan data kajian adalah menggunakan kaedah deskriptif dan melaporkan secara naratif. Hasil kajian mendapati kedudukan dan peranan Tok Ku Paloh berkait rapat dengan pihak istana semasa kes pahlawan Pahang dan juga penetapan unsur Islam dalam Perlembagaan Terengganu 1911.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 02:47
Last Modified: 16 Nov 2020 02:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1400

Actions (login required)

View Item View Item