Keperluan terhadap guru resos bagi program pendidikan inklusif di sebuah sekolah menengah: Satu kajian kes

Mustafa, Che Omar and Siti Fatimah, Salleh (2018) Keperluan terhadap guru resos bagi program pendidikan inklusif di sebuah sekolah menengah: Satu kajian kes. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 01 Nov 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-22986.pdf
Restricted to Registered users only

Download (335kB)

Abstract

Pendidikan Khas adalah satu unit perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan untuk murid berkeperluan khas (MBK). Perkhidmatan pendidikan khas disediakan di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Intergrasi dan juga Program Pendidikan Inklusif (PPI). Permasalahan yang dikenalpasti adalah kurangnya pengetahuan guru terhadap MBK di samping kurangnya kemahiran pedagogi dalam pengajaran bagi MBK. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti analisis keperluan guru resos bagi Program Pendidikan Inklusif (PPI) di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dan kuantitatif bagi mengumpulkan data-data. Seramai lima orang responden guru mata pelajaran teras terlibat dalam temubual dan dua belas orang responden terlibat dalam soal selidik yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, sembilan orang guru mata pelajaran di sebuah sekolah menengah di negeri Kelantan. Hasil dapatan menunjukkan kesemua responden bersetuju dan mencadangkan agar guru resos ditempatkan di kelas PPI. Melalui cadangan yang dikemukakan iaitu menempatkan guru resos di kelas PPI diharapkan kelemahan-kelemahan dalam kelas PPI dapat di atasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 12 Nov 2020 06:36
Last Modified: 12 Nov 2020 06:36
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1352

Actions (login required)

View Item View Item