Pengajaran secara kolaboratif terhadap murid berkeperluan khas di program pendidikan inklusif: Satu kajian kes

Mustafa, Che Omar and Siti Fatimah, Salleh (2018) Pengajaran secara kolaboratif terhadap murid berkeperluan khas di program pendidikan inklusif: Satu kajian kes. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 01 Nov 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-22999.pdf
Restricted to Registered users only

Download (323kB)

Abstract

Isu yang sering kali ditemui dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah guru-guru mata pelajaran arus perdana menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan dalam pengajaran guru-guru mata pelajaran arus perdana di PPI. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dan kuantitatif bagi mengumpulkan data-data. Seramai empat orang responden guru mata pelajaran teras terlibat dalam temubual dan dua belas orang responden terlibat dalam soal selidik yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan sembilan orang guru mata pelajaran di sebuah sekolah menengah di negeri Kelantan. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi oleh penyelidik perlunya teknik pengajaran secara kolaboratif dilaksanakan di kelas inklusif di PPI supaya PdP menjadi lebih efektif. Bagi melaksanakan PdP secara kolaboratif ini, guru-guru mata pelajaran arus perdana di PPI sangat memerlukan bantuan dari segi khidmat kepakaran daripada seorang guru resos. Dengan menempatkan guru resos di PPI diharapkan PdP yang berkesan secara kolaboratif dapat dilaksanakan bagi mengatasi segala kelemahan serta permasalahan yang berlaku dikelas inklusif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 12 Nov 2020 06:19
Last Modified: 12 Nov 2020 06:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1346

Actions (login required)

View Item View Item