Pembangunan pertanian menurut perspektif islam: Satu tinjauan

Mohd Borhanuddin, Z. and Juairiah, H. and Wan Saifuldin, W.H. and Ahmad Jazlan, M.J. (2018) Pembangunan pertanian menurut perspektif islam: Satu tinjauan. In: INTERNATIONAL SEMINAR ON AL-QURAN IN CONTEMPORARY SOCIETY SQ2018, 11 Sep 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-23772.pdf
Restricted to Registered users only

Download (507kB)

Abstract

Dasar Pertanian Negara (DPN 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010), dan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020) merupakan satu transformasi kerajaan bagi meningkatkan kualiti makanan negara. Pelbagai perancangan khusus telah dibuat melalui DPN dan DAN. Namun terdapat kepincangan dalam DPN yang dilaksanakan dengan tujuan pembangunan ekonomi semata-mata. Kajian ini bertujuan untuk meletakkan mekanisma tertentu agar pembangunan sektor pertanian selari dengan tuntutan Islam yang merangkumi pembangunan insan secara syumul. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen dan laporan-laporan rasmi,surat pekeliling,laporan tahunan,laporan jabatan, rancangan kewangan,laporan agensi,dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa dasar pembangunan tanah pertanian Islam berteraskan konsep tauhidiyyah, rububiyyah, tazkiyah, tanmiyah, khilafah, insaniyyah, akhlaqiyyah yang menerapkan nilai-nilai kerohanian Islam termasuk pemuliharaan alam sekitar dan sekuriti pembangunan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 11 Nov 2020 07:03
Last Modified: 11 Nov 2020 07:03
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1284

Actions (login required)

View Item View Item