Sumbangan Tok Ku Tuan Besar Dalam Pemerkasaan Pemikiran Akidah Ulama Nusantara

Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Norzahiah, Zaid (2017) Sumbangan Tok Ku Tuan Besar Dalam Pemerkasaan Pemikiran Akidah Ulama Nusantara. In: International Conference of Empowering Islamic Civilization ICIC2017, 9 October 2017, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-12575.pdf
Restricted to Registered users only

Download (286kB)

Abstract

Akidah daripada perspektif Islam merujuk kepada keimanan yang kuat dan keyakinan yang teguh di dalam hati terhadap keesaan Allah SWT. Pegangan dan keyakinan ini mesti bersandarkan kepada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.. Dalam hal ini, dapat difahami bahawa akidah Islam telah berkembang seiring dengan kebangkitan Nabi s.a.w. sebagai pesuruh Allah dalam mentauhidkanNya. Oleh sebab itu, sebagai generasi pewaris Nabi s.a.w., para ulama Nusantara telah memainkan peranan dengan menghasilkan karya-karya akidah Islam kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, artikel ini cuba mengetengahkan sumbangan seorang tokoh ulama akidah Nusantara pada abad ke-19M, iaitu Sayyid Muhammad bin Zayn al-Abidin atau Tok Ku Tuan Besar menerusi karya-karya akidah beliau. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk kepada penulisan-penulisan pengkaji lepas dan manuskrip peninggalan tokoh. Kajian mendapati Tok Ku Tuan Besar telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan akidah di Nusantara, khususnya di negeri Terengganu pada abad ke-19M menerusi karya-karya penulisan beliau. Oleh itu, kajian menyimpulkan bahawa pengajian karya-karya ulama terdahulu seperti Tok Ku Tuan Besar perlu diketengahkan dalam masyarakat kini. Hal ini kerana karya-karya ulama ini mempunyai nilai ilmu agama yang tinggi kerana memerlukan penjelasan daripada ahli dalam bidang tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 10 Nov 2020 00:43
Last Modified: 10 Nov 2020 00:43
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1146

Actions (login required)

View Item View Item