Konsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali Dan Maslow: Satu Kajian Perbandingan

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Mohd Shahril, Othman and Norhashimah, Yahya (2017) Konsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali Dan Maslow: Satu Kajian Perbandingan. In: Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization ICIC2017, 8 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-INSPIRE-18-12579.pdf
Restricted to Registered users only

Download (390kB)

Abstract

Konsep kepuasan diri merupakan suatu elemen penting yang perlu dibincangkan bagi melahirkan individu yang tenang jiwanya dalam setiap aspek kehidupan yang dilaluinya. Antaranya berkaitan soal rumahtangga, hal anak-anak, urusan kerjaya dan sebagainya. Akan tetapi, konsep kepuasan diri yang dikemukakan Maslow, salah seorang tokoh psikologi barat sekitar (1970) hanya dapat diperolehi setelah manusia mencapai kesempurnaan kendiri yang merupakan peringkat paling atas dalam hierarki keperluan hidup yang ditonjolkan Maslow. Oleh itu, kedudukan konsep kepuasan diri yang harus dimiliki oleh setiap individu, menjadi suatu keutamaan diketengahkan dalam kajian akademik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep kepuasan diri menurut tokoh psikologi Islam iaitu al-Ghazali dan Maslow. Kajian berbentuk kualitatif ini mengguna kaedah analisis kandungan (content analysis), menerusi pengumpulan data daripada sumber primer tokoh kajian dan sumber sekunder berautoriti yang berkaitan. Kajian mendapati bahawa di antara persamaan yang dinyatakan kedua-dua tokoh kajian ialah manusia mempunyai unsur rohani dan jasmani untuk memberi tindak balas terhadap tingkahlaku bagi mencapai kepuasan diri. Perbezaan yang didapati ialah al-Ghazali lebih menumpukan aspek iman dan wahyu dalam melahirkan sifat ikhlas untuk mencapai kepuasan diri. Manakala, Maslow pula lebih memberi perhatian kepada tercapainya konsep penyempurnaan kendiri bagi memperolehi kepuasan diri. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input berguna terutama dalam usaha memperolehi kepuasan diri bagi mencapai halatuju untuk merencanakan kehidupan harian bagi menuju kebahagiaan akhirat. Selain memberi sumbangan besar dalam bidang psikologi Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 08:38
Last Modified: 09 Nov 2020 08:38
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1139

Actions (login required)

View Item View Item