Haji Abdullah Haji Idris Sebagai Tokoh Penggerak Tarekat Ahmadiyyah Di Kelantan

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Mokhtar Lotfi, Mohamed (2017) Haji Abdullah Haji Idris Sebagai Tokoh Penggerak Tarekat Ahmadiyyah Di Kelantan. In: Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization ICIC2017, 8 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-INSPIRE-18-12599.pdf
Restricted to Registered users only

Download (325kB)

Abstract

Agamawan mempunyai saham dalam pembinaan Negara bangsa di Malaysia khususnya dalam pembentukan kerohanian dan jati diri Melayu. Kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan peranan seorang tokoh intelektual agama kepada perkembangan tarekat Ahmadiyyah di negeri Kelantan. Beliau merupakan seorang tokoh tarekat Ahmadiyyah sezaman dengan Haji Daud Bukit Abal. Beliau ialah Haji Abdullah Haji Idris, beliau merupakan seorang tokoh tarekat Ahmadiyyah yang kurang diketengahkan dalam kajian akademik. Oleh kerana itu kajian ini dilihat perlu diketengahkan. Kajian ini juga membincangkan biodata, penglibatan beliau dalam dunia pentadbiran, penulisan dan perniagaan, seterusnya peranan beliau kepada tarekat Ahmadiyyah di Kelantan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis data. Bagi memperolehi data yang tepat, kaedah temu bual telah digunakan. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan metode induktif dan deduktif bagi menghasilkan dapatan penyelidikan. Kajian mendapati beliau merupakan seorang agamawan, usahawan, tokoh pendidik dan mempunyai saham dalam mengembangkan tarekat Ahmadiyyah di Kelantan. Semoga dengan pendedahan tokoh ini dapat menyuntikkan inspirasi kepada para penuntut yang berminat mempelajari, menekuni dan menyebarluaskan ilmu yang berkaitan kesufian dan tarekat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 08:31
Last Modified: 09 Nov 2020 08:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1136

Actions (login required)

View Item View Item