Uslub AL-Hazf (Elipsis) Dalam AL-Quran Dan Kaitannya Dengan Pemahaman Makna Ayat

Mohd Shahrizal, Nasir (2017) Uslub AL-Hazf (Elipsis) Dalam AL-Quran Dan Kaitannya Dengan Pemahaman Makna Ayat. In: International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC 2017), 4-5 March 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FBK-18-12661.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Uslub al-hazf (elipsis) merupakan satu uslub yang terdapat dalam bahasa Arab dan juga bahasa-bahasa lain di dunia. Uslub ini menyerlahkan keindahan sesuatu bahasa kerana mempamerkan kepelbagaian gaya bahasa dalam menyampaikan makna ayat. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. dan umatnya menggunakan bahasa Arab yang fasih. Oleh itu, dapat diperhatikan bahawa uslub al-hazf ini juga wujud dalam ayat-ayat al-Quran. Uslub ini merupakan antara uslub bahasa al-Quran yang membawa makna yang dalam serta indah kerana pemahaman terhadap uslub ini memerlukan kemahiran bahasa Arab yang tinggi. Hal ini menjelaskan bahawa ayat-ayat al-Quran tidak boleh sewenang-wenangnya ditafsir oleh orang awam kerana ia memerlukan kemahiran penguasaan seni bahasa yang tinggi. Namun begitu, hal ini tidak sama sekali membawa pengertian bahawa al-Quran sukar untuk difahami. Kertas kerja ini mengupas uslub al-hazf dalam bahasa Arab serta kewujudannya dalam al-Quran. Beberapa ayat al-Quran dianalisis bagi memahami uslub al-hazf serta keindahan makna yang dibawanya. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemahaman uslub al-hazf mempunyai kaitan yang rapat dengan kaedah tatabahasa Arab atau al-Nahw al-„Arabi. Justeru,

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 09 Nov 2020 03:58
Last Modified: 09 Nov 2020 03:58
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1074

Actions (login required)

View Item View Item