Isu dan Masalah Gelandangan di Bangladesh dan Afrika Selatan

Nurul Jannah, Mohd Juaini (2014) Isu dan Masalah Gelandangan di Bangladesh dan Afrika Selatan. In: Bridging the Unbridgeable: Changing Paradigms in Malay-Indonesian Studies, 14-17 May 2014, Hankuk University, Korea.

[img] Text
FH03-FSSG-14-01043.pdf

Download (195kB)
[img] Text
FH03-FSSG-14-01072.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kertas kerja ini menghuraikan isu gelandangan di beberapa buah negara membangun iaitu di Bangladesh dan Afrika Selatan. Gelandangan dianggap sebagai 'bukan warganegara' atau tidak diundang dan tidak berpeluang untuk merasai sebarang hak rakyat di negara tersebut. Misalnya, mereka tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan sedia ada untuk menjamin kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Faktor utama berlakunya gelandangan adalah bagi mencari peluang pekerjaan di bandar-bandar dan turut didorong oleh pelbagai faktor lain seperti penderaan, penceraian, muflis dan penyalahgunaan bahan. Kehidupan yang sukar dan terpaksa merempat di bandar telah mendesak mereka untuk berteduh di mana-mana sahaja yang dirasakan sesuai seperti terminal, stesen bas, tempat meletak kereta, pelabuhan, laluan penjalan kaki, sisi tangga dan laluan bawah tanah. Selain itu, gelandangan juga dilabel dengan beberapa istilah seperti 'Sharbora' yang telah digunakan di Bangladesh, manakala di Afrika Selatan pula mereka dikenali sebagai 'Mukomana Wekuseri' untuk menggambarkan imej negatif terhadap gelandangan. Pelabelan ini penting untuk menjelaskan kedudukan gelandangan di negara-negara tersebut. Hal ini telah menyebabkan masyarakat kurang mempunyai rasa simpati dan sentiasa menganggap gelandangan ini adalah kotor untuk didekati. Justeru, keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat sememangnya diperlukan, bahkan pembentukkan undang-undang baru dan pemulihan semula kefungsian gelandangan untuk mengintegrasikan ke dalam masyarakat secara keseluruhan juga harus diwujudkan untuk membantu golongan tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Oct 2020 03:18
Last Modified: 25 Oct 2020 03:18
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/539

Actions (login required)

View Item View Item