Amalan guru terhadap tingkah laku intelektual guru dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah rendah

Rahimah, Embong and Shamilati, Che Seman and Wan Mazwati, Wan Yusoff (2016) Amalan guru terhadap tingkah laku intelektual guru dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah rendah. In: International Postgraduate Research Conference, 08-10 Oct 2016, Terengganu.

[img] Text
FH03-INSPIRE-17-08308.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Dalam usaha untuk menjadi guru abad 21 yang berjaya,seseorang guru perlu mempunyai sikap ke arah berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Secara tradisinya, berfikir telah dikenal pasti sebagai kemahiran atau keupayaan kognitif. Namun, sebagai seorang guru berfikrah yang baik melibatkan lebih daripada hanya kemahiran kognitif. Malah, guru berfikiran yang berjaya sering mempamerkan kualiti tertentu yang merentasi kebolehan dan kemahiran kognitif, di samping memanfaatkan amalan berfikran mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru; dan mengenal pasti tingkah laku intelektual guru dalam PdP kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di bilik darjah. Justeru, kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dengan informan yang terdiri daripada guru yang mengajar Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains di sekolah rendah Showcase Program I-THINK Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). DI samping itu, data juga diperoleh daripada pemerhatian terhadap PdP guru di bilik darjah. Dapatan daripada analisis transkrip temu bual dan catatan pemerhatian menunjukkan guru-guru mempunyai amalan PdP pemikiran aras tinggi di bilik darjah yang membentuk gaya dan pola bertingkah laku secara berfikrah. Bahkan, gaya dan pola tersebut mencinkan tingkah laku lntelektual guru yang memberi impak kepada keberkesanan PdP KBAT di bilik darjah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 04 Nov 2020 03:53
Last Modified: 04 Nov 2020 03:53
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/991

Actions (login required)

View Item View Item