Metodologi Tafsir Hamka Terhadap Ayat-ayat al-Kawniyyah Berdasarkan Corak Tafsir Al-‘Ilmi

Wan Helmy Shahriman, Wan Ahmad and Kamarul Shukri, Mat Teh and Sharifah Norshah Bani, Syed Bidin (2016) Metodologi Tafsir Hamka Terhadap Ayat-ayat al-Kawniyyah Berdasarkan Corak Tafsir Al-‘Ilmi. In: International Conference On Language, Education And Civilization, 24-25 May 2016, Casuarina, Ipoh.

[img] Text
FH03-FKI-17-08959.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Al-Quran sebagai sebuah kitab suci, tidak hanya mengandungi ayat-ayat yang berdimensikan aqidah, syariah dan akhlak semata-mata sebaliknya juga memberikan perhatian yang sangat besar bagi perkembangan ilmu dan pengetahuan yang juga dikenali sebagi ilmu sains. Dalam menyelusuri perkembangan ilmu ini dalam al-Quran, corak tafsir al-'IlmI adalah salah satu dimensi tafsir yang dilihat sesuai dan menarik untuk diperbincangkan. Tafsir al-'llmI adalah satu corak pentafsiran yang dibangun herdasarkan persepsi bahawa al-Quran mengandungi pelbagai bentuk ilmu pengetahuan , sama ada yang telah ataupun yang belum diketahui dan dibincangkan. Terdapat beberapa definisi berkaitan dengan tafsir al-'IlmI antaranya, tafsir al-'IlmI sebagai salah satu corak atau kecenderungan penafsiran yang menempatkan pelbagai terminologi ilmiah berdasarkan ungkapan-ungkapan dalam ayat-ayat al-Quran. Kertas kerja ini akan cuba menganalisis kitab tafsir Melayu iaitu Tafsir al-Azhar karangan almarhum Haji Abdul Malik Karim Amru llah (HAMKA). Kitab ini menjadi pilihan disebabkan ianya merupakan antara kitab tafsir berbahasa Melayu yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan yang hampir mencakup i semua disiplin ilmu. Kitab tafsir ini juga menjadi rujukan ramai ilmuan Islam Tanah Melayu dan ditafsirkan secara lengkap 30 juzuk. Justeru melalui kertas kerja ini, penulis cuba mengumpul, menyusun, menganalisis dan mengolah tafsiran-tafsiran yang dilakukan HAMKA terhadap ayat-ayat kawniyyah di dalam Tafsir al-Azhar. Dapatan dari penulisan ini, daripada 400 ayat kawniyyah yang dianalisis sebanyak 298 ayat kawniyyah yang ditafsirkan oleh HAMKA dan 102 ayat kawniyyah yang tidak ditafsirkan melalui tujuh pendekatan pentafsiran yang berbeza.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 07:32
Last Modified: 28 Oct 2020 07:32
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/882

Actions (login required)

View Item View Item