Mohd Ali, Mohd Yusuf and Basri, Ibrahim (2017) Kedudukan Harta Sepencarian Sebagai Hak Harta Peninggalan Dalam Perundangan Islam. In: Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari 2017 (ISLAC 2017), 5 March 2017, UniSZA.
Text
FH03-FKI-18-13069.pdf Restricted to Registered users only Download (576kB) |
Abstract
Harta sepencarian merupakan satu mekanisme pembahagian harta suami-isteri yang unik di dalam Fiqh Nusantara. Walaupun banyak kajian telah dibuat berkaitan amalan ini, namun belum dijumpai perbincangan yang jelas tentang kedudukan harta sepencarian sebagai salah satu hak-hak harta peninggalan si mati. Kertas ini bertujuan untuk meneliti isu berkaitan secara mendalam dengan melihat kedudukannya sebagai hak hutang berkaitan harta atau sebagai hak hutang mutlak si mati dalam perundangan Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan mengumpul dan menganalisis data melalui dokumen, bahan bercetak dan perbahasan para ulama. Hasil kajian merumuskan bahawa harta sepencarian adalah kaedah pembahagian harta suami-isteri berlandaskan adat untuk menentu bahagian masing-masing dalam sesuatu tempoh perkahwinan. Ia diumpama perkongsian harta atau ‟joint matrimonial assets‟ yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta itu menjadi milik mutlak si mati untuk dilaksanakan hak-hak seterusnya. Sehubungan dengan itu, adalah lebih sesuai jika harta sepencarian ini dikategorikan sebagai hak perhutangan ke atas harta dalam hak-hak harta peninggalan. Kedudukan ini selari dengan matlamat (maqasid) pensyariatan harta pusaka seperti yang dijelaskan di dalam perundangan Islam.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HJ Public Finance |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 28 Oct 2020 07:19 |
Last Modified: | 24 Nov 2020 08:23 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/879 |
Actions (login required)
View Item |