Mohd Khairul Amri, Kamarudin and Mohd Ekhwan, Toriman and Muhammad Barzani, Gasim (2015) Classification of tropical river using chemometrics technique: Case study in Pahang river, Malaysia [Klasifikasi sungai tropika menggunakan teknik kemometrik: Kajian kes di sungai Pahang, Malaysia]. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 19 (5). pp. 1001-1018. ISSN 13942506
Image
FH02-ESERI-15-04079.jpg Restricted to Registered users only Download (224kB) | Request a copy |
Abstract
Klasifikasi sungai adalah amat penting bagi mengetahui ciri-ciri asas sesuatu sungai di dalam penilaian pengurusan dan punca permasalahan sungai dari dasarnya. Artikel ini membincangkan kaedah pengkelasan sungai tropika dengan menggunakan teknik kemometrik yang telah dijalankan di Sungai Pahang. Berdasarkan kerja-kerja pengukuran sungai, penganalisisan data GIS dan Remote Sensing (RS), analisis kemometrik telah dijalankan bagi mengkelaskan ciri utama Sungai Pahang dengan menggunakan kaedah hierarchical agglomerative cluster analysis (HACA). Proses kalibrasi dan validasi model dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis Discriminant Analysis (DA). Manakala kaedah Principal Component Analysis (PCA) pula dijalankan bagi mengenalpasti parameter yang paling mempengaruhi pembolehubah pengkelasan yang telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan, aliran utama Sungai Pahang dapat dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu hulu, tengah dan hilir sungai. Analisis DA menunjukkan kesahan 100% pada model pengkelasan ini. Manakala PCA menunjukkan terdapat tiga pembolehubah yang mempunyai pekali korelasi yang signifikan iaitu dominasi cerun dengan nilai R2 0.796, nisbah L/D nilai R2 -0.868 dan belokan (sinuosity) dengan nilai R2 0.557. Peta pergerakan klasifikasi sungai bersama zon-zon risiko dan proses perubahan geomorfologi sungai turut dihasilkan. Hasil kajian ini adalah penting dalam menyediakan data-data asas sebagai panduan kepada pengurusan sungai secara bersepadu di Sungai Pahang kursusnya dan di sungai bertropika umumnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | klasifikasi sungai, sungai tropika, Sungai Pahang, teknik kemometrik, geomorfologi sungai |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Depositing User: | Syahmi Manaf |
Date Deposited: | 13 Sep 2022 04:37 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 04:37 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6769 |
Actions (login required)
View Item |