Konseptualisasi strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah menengah agama

Kamarul Shukri, Mat Teh and Raihan, Mohd Arifin and Norfazila, Ghazali (2019) Konseptualisasi strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah menengah agama. Journal of Educational Research and Indigeneous Studies, 2 (1). pp. 1-10. ISSN 2682-759X

[img] Text
FH02-FKI-19-28202.pdf
Restricted to Registered users only

Download (314kB)

Abstract

Pembentukan jati diri seseorang pelajar amat berkait rapat dengan perkembangan iklim di sekolah. Perkembangan iklim yang baik di sekolah bermula dengan perancangan strategi dan pelaksanaan yang teratur dan bersistematik. Kedua-dua perkara ini merupakan asas yang penting dalam pembentukan iklim dini di Sekolah Menengah Agama. Oleh itu, satu konsep iklim dini yang jelas harus diketengahkan untuk mengupas segala perancangan strategi dan juga pelaksanaan demi menghasilkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik mahupun sahsiah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau bagaimana strategi dan pelaksanaan iklim dini di Sekolah Menengah Agama berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar dengan acuannya yang tersendiri. Justeru, satu kajian literatur berdasarkan kajian-kajian lepas telah dilakukan. Hasilnya, terbentuk satu konsep strategi dan pelaksanaan iklim dini berdasarkan gabungan dari perspektif positivisme dan perspektif Islam. Implikasi kajian ini diharap dapat digunakan bukan hanya di sekolah agama, malah dapat dipraktikkan oleh semua jenis sekolah di Malaysia seterusnya boleh dijadikan sebagai asas panduan pembudayaan iklim dini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Iklim Dini, Strategi, Pelaksanaan, Sekolah Menengah Agama
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 17 Mar 2022 01:00
Last Modified: 17 Mar 2022 01:00
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6331

Actions (login required)

View Item View Item