Strategi dakwah islam melalui media online nahdlatul ulama (www.nu.or.id) (Islamic dakwah strategies via online media by Nahdlatul Ulama)

Rahmat, Saputra and Azyyati, Mohd Nazim (2017) Strategi dakwah islam melalui media online nahdlatul ulama (www.nu.or.id) (Islamic dakwah strategies via online media by Nahdlatul Ulama). Malaysian Journal for Islamic Studies, 2 (2). pp. 9-18. ISSN 2550-2042

[img] Text
FH02-FKI-17-11164.pdf
Restricted to Registered users only

Download (671kB)

Abstract

Strategi dakwah konvensional adalah terhad ruang dan waktu. Kerana itu dakwah diera teknologi informasi ini memiliki tantangan yang cukup besar di masyarakat. Sementara itu media online sudah menjadi keperluan sehari-hari masyarakat moden. Semua kalangan kini boleh mengakses media online dengan sangat mudah. Namun sangat disayangkan media ini lebih cenderung digunakan untuk mendapatkan maklumat dan hiburan sahaja, bahkan tidak jarang yang menyalahguna. Tanpa strategi yang tepat, dakwah melalui media online tidak akan berkesan dan berjaya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi dakwah Islam yang diterapkan oleh Media Online NU (www.nu.or.id disebut: NU Online) di Indonesia. Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan berserta teknikal analisis kandungan , disamping pandangan dari beberapa tokohtokoh dalam dakwah modern. Hasil kajian ini mendapati bahawa antara bentuk strategi dakwah Islam melalui media online NU ialah: pertama, kerjasama dengan media-media yang satu visi. Kedua, memperbanyak mesej media sehingga pengunjung senang mendapat ilmu pengetahuan seputar Islam dengan pelbagai topik perbincangan. Ketiga, mengembangkan teknologi maklumat terkini seperti laman web versi mudah alih dan aplikasi android. Hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan asas oleh golongan pendakwah baik individual maupun institusi serta masyarakat Islam keseluruhan yang ingin melakukan dakwah melalui media online dengan berkesan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Strategi Dakwah, Media Online, Nahdlatul Ulama, Media Islam, NU Online
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 14 Feb 2022 07:56
Last Modified: 14 Feb 2022 07:56
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5428

Actions (login required)

View Item View Item