Peranan Pemboleh Ubah Demografi Dalam Meramalkan Kecenderungan Ahli Program Tunas Niaga Menceburi Kerjaya Keusahawanan

Ibrahim, Mamat and Wan Mohd Zaifurin, Wan Nawang and Nor Hayati, Sa’at and Sabri, Ahmad (2016) Peranan Pemboleh Ubah Demografi Dalam Meramalkan Kecenderungan Ahli Program Tunas Niaga Menceburi Kerjaya Keusahawanan. Journal of Holistic Student Development, 1 (1). pp. 12-29. ISSN 289-8816

[img] Text
FH02-FSSG-17-08449.pdf
Restricted to Registered users only

Download (523kB)

Abstract

Program Tunas Niaga merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan di peringkat sekolah menengah yang berpotensi memenuhi agenda Kerajaan untuk mendidik komuniti terutama generasi muda supaya mampu hidup berdikari pada masa depan. Seramai 379 orang pelajar menjadi ahli Program Tunas Niaga di 41 buah sekolah menengah terpilih secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mendapatkan data daripada pelajar mengenai kecenderungan menceburi kerjaya keusahawanan mengikut demografi mereka. Antara ciri demografi yang dikaji ialah gender, tahap pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, aliran kelas ,mata pelajaran elektif, pekerjaan bapa, kerjaya ibu dan penglibatan adik-beradik atau ahli keluarga menceburi bidang keusahawanan. Keputusan kajian menunjukkan pelajar mempunyai kecenderungan menceburi kerjaya keusahawanan berbeza mengikut aliran kelas dan penglibatan adik-beradik atau ahli keluarga dalam bidang keusahawanan. Pelajar mengikuti aliran Sains dan lain-lain (seperti aliran Agama dan Seni) mempunyai perbezaan kecenderungan menceburi kerjaya keusahawanan. Manakala pelajar mempunyai adik-beradik atau ahli keluarga yang bekerja sebagai usahawan lebih cenderung ke arah kerjaya keusahawanan pada masa depan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Demografi, Program Tunas Niaga, pelajar sekolah menengah, kerjaya, budaya dan pendidikan keusahawanan.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 07 Feb 2022 03:07
Last Modified: 07 Feb 2022 03:07
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5142

Actions (login required)

View Item View Item