Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu‘iy Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam

Wan Khairul Aiman, Wan Mokhtar and Mohd Shukri, Hanapi (2016) Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu‘iy Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ - SSH), 1 (3). pp. 132-142. ISSN 2504-8562

[img] Text
FH02-FUPL-17-08454.pdf
Restricted to Registered users only

Download (918kB)

Abstract

Terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan oleh para ilmuwan Islam, terutamanya ilmuwan Islam silam berhubung bidang-bidang yang mereka terokai seperti bidang akidah, fiqh, tasawuf, tafsir, hadith, falak, falsafah dan sebagainya. Dalam menerokai bidang-bidang tersebut, mereka menggunakan pelbagai kaedah penyelidikan. Namun, kebanyakan kaedah penyelidikan itu masih belum dikaji orang untuk diaplikasikan sebagai kaedah penyelidikan Islam. Atas sebab itulah kajian ini bertujuan mengkaji salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan oleh para ulama Islam silam, iaitu kaedah hadith al-mawdu‘iy. Persoalannya, apakah kaedah hadith al-mawdu‘iy itu? Bagaimanakah kaedah tersebut dapat diaplikasikan dalam sesuatu penyelidikan berkaitan Islam? Untuk menjawab semua persoalan ini, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertama, mengenal pasti kaedah hadith al-mawdu‘iy yang digunakan oleh muhaddithin dalam menghuraikan hadith-hadith Rasulullah SAW; dan kedua, menganalisis kesesuaian pengaplikasian kaedah hadith almawdu‘ iy tersebut dalam sesuatu penyelidikan berkaitan Islam. Sebagai hasilnya, kajian kualitatif ini mendapati kaedah hadith al-mawdu‘iy sesuai diaplikasikan dalam penyelidikan berkaitan Islam. Kesesuaian ini berdasarkan dua aspek iaitu aspek penarafan sumber data dan aspek penganalisisan data.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: aplikasi, kaedah, hadith al-mawdu‘iy, penyelidikan, Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 07 Feb 2022 02:37
Last Modified: 07 Feb 2022 02:37
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5136

Actions (login required)

View Item View Item