Pentaksiran pembelajaran dan implikasi

Yuslaini, Yunus and Kamarul Shukri, Mat Teh (2015) Pentaksiran pembelajaran dan implikasi. Minda Pendidik, 3 (1). pp. 29-38. ISSN 2289-2532

[img] Text
FH02-FKI-16-06180.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang dirancang secara sistematik untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pentaksiran yang diamalkan oleh negara Malaysia sepatutnya lebih menjurus kepada menentukan kualiti pendidikan, pencapaian, mencungkil potensi, bakat, mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu, keberkesanan pengaiaran dan pembelajaran dan memotivasikan pelajar. Pada masa ini penekanan banyak diberi kepada pentaksiran sumatif yang hanya mampu memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam pembelajaran tetapi tidak berupaya mengenal pasti kelemahan dan masalah pelajar dalam pembelajaran. Pentaksiran berkualiti merangkumi lima aspek utama iaitu bersesuaian dengan tujuan, meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran, telus, efisien dan diyakini awam. Pentaksiran sentiasa digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi ia menjadi lebih berbeza dan kompleks serta diintegrasikan sebagai pentaksiran pembelajaran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pentaksiran pembelajaran, pembelajaranregulasi kendiri, scaffolding, pentaksiran rakan sebaya, implikasi
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 02:40
Last Modified: 07 Feb 2022 02:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5135

Actions (login required)

View Item View Item