Syiah Rafidhah Dalam Puisi-Puisi Imam Al-Shafi'i RHM

Najihah, Abd Wahid and Asyraf, Ab Rahman (2014) Syiah Rafidhah Dalam Puisi-Puisi Imam Al-Shafi'i RHM. JOURNAL OF BUSINESS AND SOCIAL DEVELOPMENT, 2 (2). pp. 86-90. ISSN 2289-2915

[img] Text
FH02-INSPIRE-18-20206.pdf
Restricted to Registered users only

Download (685kB)

Abstract

Diwan al-Shafi’i adalah himpunan antologi puisi Imam al-Shafi’i r.h.m yang sarat dengan pelbagai tema dan persoalan. Ia mengandungi lebih kurang 150 teks puisi ungkapan beliau dengan pelbagai isu dan pemikiran yang diketengahkan. Kertas kerja ini membincangkan beberapa teks puisi Imam al-Shafi’i r.h.m (150H-204H) yang menyentuh tentang Syiah Rafidhah dan keagungan terhadap Saidina Ali r.a. Teks-teks ini perlu diperbahaskan serta diperhalusi bagi mengetahui pendirian Imam al-Shafi’i r.h.m berkaitan isu Syiah. Pendirian beliau mungkin disalah tafsir lantaran ungkapan-ungkapan puisi yang diutarakan dilihat cenderung kepada aliran Syiah Rafidhah. Dengan menggunakan pendekatan analisis tekstual, kertas kerja ini cuba menganalisis ungkapan Imam al- Shafi’i dengan menghuraikan maksud di sebalik ungkapan beliau dalam beberapa teks puisi. Hasil kajian mendapati ungkapan-ungkapan puisi Imam al-Shafi’i r.h.m tidak mendukung fahaman Syiah Rafidhah walaupun terdapat ungkapan-ungkapan yang menjurus kepada fahaman tersebut. Bahkan, kecintaan beliau terhadap ahl Bayt termasuk Saidina Ali r.a adalah sejajar dengan kehendak al- Quran dan Hadis.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Puisi Islam, Imam al-Shafi’i, syiah.
Subjects: A General Works > AZ History of Scholarship The Humanities
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Feb 2022 02:50
Last Modified: 03 Feb 2022 03:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5018

Actions (login required)

View Item View Item