Bahyah, Abdul Halim (2015) Fitnah dalam penggunaan laman sosial. Buletin UniSZA, 15 (1). pp. 20-21. ISSN 2180-0235
Text
FH02-FESP-15-04165.pdf Restricted to Registered users only Download (366kB) |
Abstract
Meneliti tingkah laku masyarakat dewasa ini menampakkan kepada kecenderungan untuk mereka menggunakan laman sosial sebagai wadah perkongsian ilmu, penyebaran maklumat, penyampaian berita, percambahan idea, pemasaran produk perniagaan, pengiklanan dan tidak kurang juga sebagai tempat meluahkan perasaan. Penggunaan laman sosial ini juga tidak hanya terhad kepada golongan muda atau pelajar tetapi turut melibatkan golongan profesional, elitis dan cendekiawan. Ada segelintir masyarakat yang gemar berkongsi tentang kehidupan secara terang-terangan dengan pengguna di laman sosial tanpa memikirkan tentang implikasi atau kesannya terhadap orang lain. Pengguna laman sosial juga kadang kala bertindak keterlaluan apabila memberi komentar atau maklum balas akan sesuatu isu dan berita dengan menokok tambah atau menggunakan kata-kata kesat dalam menyampaikan pandangan. Paradise & Sullivan (2011) mendapati bahawa penggunaan laman sosial memberi kesan negatif terhadap orang muda, teman rapat, rakan-rakan di laman sosial dan pengguna laman sosial lain. Walau bagaimanapun, penggunaan laman sosial mampu membantu meningkatkan tahap kecekapan akademik (Nor et al., 2012; Junco, 2011), meningkatkan tahap kegembiraan dan keceriaan (Kim dan Lee, 2011), meningkatkan kepuasan dalam kehidupan (Ellison et al., 2007 dan Venezuela et al., 2009) serta membantu meningkatkan harga kendiri individu (Ridings dan Gefen, 2004).
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Faculty of Business and Management |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 31 Jan 2022 04:42 |
Last Modified: | 31 Jan 2022 04:42 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4986 |
Actions (login required)
View Item |