Metodologi Qira'at Ibn Kathir dalam Juz 'Amma

Mohd Ala-Uddin, Othman and Zawawi, Ismail and Wan Ismail, Wan Abdullah (2013) Metodologi Qira'at Ibn Kathir dalam Juz 'Amma. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 6. pp. 79-93. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FBK-14-00781.pdf
Restricted to Registered users only

Download (570kB)

Abstract

Artikel ini merupakan satu kajian yang berhubungkait dengan bidang fonetik bahasa Arab. Ia menjelaskan hubungan dialek-dialek Arab dengan qira:’at al-Quran al-Karim, khususnya qira:’at Ibn Kathi:r sebagai salah satu qira:’at al-Quran yang mutawa:tir. Tumpuan diberikan kepada metodologi qira:’at Ibn Kathi:r dalam juz ‘Amma. Perbincangan yang dikemukakan menjelaskan dapatan kajian qira:’at Ibn Kathi:r dari juz ‘Amma dan metodologi yang digunakan dalam juz ini dikemukakan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian merumuskan tujuh metodologi Ibn Kathi:r dalam juz ini iaitu cara pembacaan mi:m al-jam‘,ha:’ al dami:r, hukum mad munfasil, dua hamzat dalam satu perkataan, dua hamzat dalam dua perkataan, ya:’ al ida:fat dan ya’ al za:idat. Tujuh aspek ini dikenali sebagai usu:l. dalam ilmu qira:’at. Selain itu dapatan kajian juga menerangkan tentang bacaan yang tidak melibatkan usu:l dalam qira:’at Ibn Kathi:r yang dikenali sebagai farsy atau furu’ dalam ilmu qira:’at. Artikel ini cuba mengenengahkan dan mendedahkan qira:’at Ibn Kathi:r kepada masyarakat Islam di Malaysia dengan tujuan pengembangan ilmu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: qira:’at al-Quran; qira:’at Ibn Kathir; fonetik; dialek Arab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:15
Last Modified: 13 Sep 2022 05:15
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4475

Actions (login required)

View Item View Item