Mohd Firdaus, Yahaya and Mohd Shahrizal, Nasir and Mohd Sabri, Sahrir (2013) Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Sekolah Rendah Menerusi EZ-Arabic: Satu Pengenalan. In: 4th International Conference on ArabicLanguage and Literature, 01 January 1970, UIAM.
Text
FH03-FBK-14-01921.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Pemanfaatan teknologi dalam pembelajaran merupakan satu fenomena baru yang berlaku dalam dunia pendidikan. Pembelajaran bahasa Arab tidak ketinggalan dalam hal ini menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan, selaras dengan kemudahan teknologi yang lebih efektif dan menarik. Bagi tujuan ini, laman sesawang “ezArabic.net “ dibangunkan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang menjadi halangan kepada para pelajar dalam usaha menguasai bahasa Arab. Laman sesawang ini dibangunkan dengan tujuan memanfaatkan lambakan bahan-bahan maya (virtual tools) berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat dalam internet dan dikumpulkan dalam “ezArabic.net “. Kertas kerja ini akan menghuraikan beberapa ciri-ciri yang terdapat dalam laman sesawang tersebut, yang dapat membantu para pelajar peringkat sekolah rendah menguasai bahasa Arab. Kesemua bahan-bahan yang termuat dalam laman sesawang disusun secara sistematik dan menarik bagi mewujudkan suasana interaktif antara laman sesawang dan juga para penggunanya yang terdiri daripada pelajar dan juga guru. Kertas kerja ini turut menganalisis beberapa komentar sebagai cadangan penambahbaikan dan penaiktarafan dari segi kandungan, aplikasi multimedia, kebolehgunaan, dan sebagainya. Berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan, ternyata laman sesawang “ezArabic.net “ berupaya menyelesaikan beberapa kekangan yang dihadapi oleh para pelajar bahasa Arab peringkat rendah, selain dapat menyemai budaya belajar secara kendiri melalui pemanfaatan laman sesawang ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 21 Oct 2020 04:52 |
Last Modified: | 21 Oct 2020 04:52 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/342 |
Actions (login required)
View Item |