Pembelajaran Konsonan Arab Mengikut Pelat Bahasa Melayu

Mat Teh, Kamarul Shukri and Nik Yusoff, Nik Mohd Rahimi and Baharudin, Harun and Yusri, Ghazali (2010) Pembelajaran Konsonan Arab Mengikut Pelat Bahasa Melayu. GEMA Online? Journal of Language Studies, 10 (3). pp. 1-14. ISSN 1675-8021

[img] Image
FH02-FBK-18-15286.jpg
Restricted to Registered users only

Download (160kB)

Abstract

Susunan alfabet konsonan bahasa Arab sekarang, iaitu [..... ا ب ت ث ] tidak mengikut konsep ansur-maju (dari mudah ke sukar) kepada pelajar Melayu sebagaimana yang disarankan dalam teori pendidikan. Misalnya, huruf konsonan tha [ ث] ialah konsonan yang sukar kepada pelajar Melayu kerana konsonan ini tidak ada dalam bahasa Melayu, tetapi konsonan ini berada di awal susunan alfabet Arab. Justeru kajian ini bertujuan menyusun huruf konsonan Arab mengikut pelat bahasa Melayu bagi tujuan pembelajaran. Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefasihan pelat bahasa Melayu menyebut huruf konsonan Arab, dan menyusun huruf konsonan Arab mengikut kefasihan pelat bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di pusat prasekolah dan responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid prasekolah berumur enam tahun. Pemilihan responden ini berasaskan mereka sedang berada di peringkat permulaan pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini menggunakan satu set ujian sebutan konsonan Arab berasaskan kaedah al-Khalil. Kaedah ini telah digunakan oleh al-Khalil untuk menyusun sebutan Arab dari bunyi rongga rengkung hingga bunyi dua bibir. Hasil ujian dinilai oleh dua penilai yang pakar dalam bidang tajwid dan tarannum. Hasil kajian menunjukkan 12 konsonan berada pada tahap sederhana fasih dan satu konsonan berada pada tahap tidak fasih, manakala selebihnya berada pada tahap fasih. Hasil kajian juga menunjukkan huruf wau [ و ] ialah huruf yang paling tinggi skor sebutan, dan huruf ghain غ] ] ialah yang paling rendah skor sebutan. Oleh itu, disarankan hasil susunan konsonan Arab dalam kajian ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab di sekolahsekolah di Malaysia.

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:22
Last Modified: 13 Sep 2022 05:22
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3306

Actions (login required)

View Item View Item