Nasir, Mohd Shahrizal (2011) Pemanfaatan Ayat al-Qur’an serta Sebab Penurunannya (Sabab al-Nuzul) dalam Novel ‘Perang Uhud’ Karya Abdul Latip Talib. Jurnal Pengajian Melayu, 22 (1). pp. 185-204. ISSN 1823-7622
Text
FH02-FBK-17-07841.pdf Restricted to Registered users only Download (315kB) |
Abstract
Makalah ini membincangkan sebuah novel popular berkaitan sejarah Islam yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pembaca khususnya golongan remaja. Kisah Perang Uhud telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan mempunyai pengajaran yang berguna untuk umat Islam. Dengan bertolak daripada pegangan peri pentingnya pemanfaatan ayat al-Quran dalam karya kreatif dilakukan menurut tatatertib tertentu demi mengelak mempersendakan kehadirannya sebagai wahyu, makalah ini merungkai novel Perang Uhud karya Abdul Latip Talib. Analisis bertolak daripada sebab penurunan (sabab al-nuzul) ayat tersebut kepada Rasulullah SAW, dengan memfokuskan kepada beberapa kutipan ayat al-Quran yang terdapat dalam novel berkenaan. Analisis akan tertumpu kepada kewajaran kutipan ayat al-Quran tersebut dalam cerita yang dikisahkan, ketepatan maksudnya, serta sejauh mana kesantunan tatatertib pemanfaatan dan peminjaman daripada al-Quran telah dihormati. Ternyata dalam novel tersebut, ayat al-Quran diletakkan pada akhir episod tertentu sebagai pengukuhan cerita. Berbekalkan beberapa buah kitab tafsir sebagai rujukan, adalah dihujahkan pemanfaatan seperti ini mengundang penelitian yang lebih lanjut lagi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | al-Quran, Sabab al-nuzul, Kesantunan pinjaman, Karya kreatif, Novel popular. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Syahmi Manaf |
Date Deposited: | 13 Sep 2022 05:22 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 05:22 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3098 |
Actions (login required)
View Item |