Ayat-ayat al-Quran sebagai terapi kerasukan jin : analisis dari ayat-ayat ruqyah Syar`Iyyah

Syed Bidin, Sharifah Norshah Bani (2011) Ayat-ayat al-Quran sebagai terapi kerasukan jin : analisis dari ayat-ayat ruqyah Syar`Iyyah. INTERNATIONAL JOURNAL ON QURANIC RESEACRH. pp. 107-138. ISSN 2180-4893

[img] Text
FH02-FKI-14-00447.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Di dalam al-Quran, perbahasan mengenai penciptaan dan kewujudan jin lazimnya digandingkan dengan kisah penciptaan manusia. Hal ini secara tidak langsung dapat menunjukkan kebesaran Allah s.w.t yang menciptakan dua jenis makhluk yang berbeza dari unsur yang berbeza, tetapi mempunyai tugas yang sama iaitu beribadah kepada Allah s.w.t. Terdapat tiga puluh lapan (38) kali perbahasan mengenai jin dalam al-Quran dengan menggunakan istilah al-jan,al-jin dan, aljinnah. Bahkan, Allah telah mengkhususkan satu surah dalam al-Quran yang menggunakan nama Surah al-Jin dan merakamkan dalam ayat 1 hingga ayat 7 surah tersebut tentang perbezaan sifat jin mukmin dan jin kafir, serta hubungan keduanya dengan manusia. Artikel ini merupakan kajian awal yang secara khususnya, ia bertujuan mengenalpasti kesan ayat-ayat ruqyah sebagai terapi pesakit kerasukan jin, yang berlaku dalam realiti kehidupan dewasa ini. Selain itu, ia juga bertujuan mengenalpasti sejauhmana aspek kemukjizatan al-Quran semata-mata dapat memberi kesan kepada jin. Data dikumpul menggunakan teknik kualitatif, iaitu melalui analisis kandungan ayat-ayat al-Quran terpilih dan temubual informan. Temubual ini merupakan temubual mendalam(in-depth interview) dengan pesakit terpilih yang mengalami kerasukan jin dan temubual perawat terpilih yang terlibat dalam amalan perubatan Islam. Dapatan kajian menunjukkan ayat-ayat ruqyah syar`iyyah terbahagi kepada empat kategori, iaitu ayat yang memperihalkan kebesaran Allah dan keagungannya, ayat yang memperihalkan Nabi Musa dan tukang sihir, ayat yang memperihalkan tentang balasan Allah bagi golongan yang durhaka(ayat indhar) dan ayat-ayat pelindung. Kajian juga menunjukkan bahawa keberkesanan ayat-ayat alQuran sebagai terapi rawatan juga tertakluk kepada syarat taqwa, tikrar dan mudawamah dalam beramal oleh perawat. Kajian ini juga mendapati aspek bahasa, iaitu al-i`jaz al-bayani merupakan aspek kemukjizatan al-Quran yang dikenalpasti dapat memberi kesan kepada golongan jin. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas untuk wacana terperinci mengenai hubungan, kesan dan pengaruh ayat-ayat al-Quran terhadap golongan jin, sebagai salah satu kaedah menonjolkan kemukjizatan al-Quran melalui bukti ilmiah.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 04:33
Last Modified: 13 Sep 2022 04:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2972

Actions (login required)

View Item View Item