Hubungan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan tahap penguasaan bahasa arab

Mat Teh, Kamarul Shukri and Embi, Mohamad Amin and Rahimi, Nik Mohd and -, Zamri (2009) Hubungan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan tahap penguasaan bahasa arab. Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (1). pp. 41-56. ISSN 1985-6326

[img] Text
FH02-FKI-18-16391.pdf
Restricted to Registered users only

Download (235kB)

Abstract

Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) dengan tahap kemahiran dan penguasaan bahasa (O’Malley et al. 1985a; Manghubai 1991; Wharton 2000). Terdapat juga kajian yang cuba menerokai sama ada pelajar bahasa yang berprestasi cemerlang menggunakan SPB dengan kerap dan dalam jumlah yang banyak (Green & Oxford 1995). Oleh itu, kertas ini memerihalkan satu kajian yang direka bentuk untuk melihat hubungan penggunaan SPB dengan tahap penguasaan bahasa Arab. Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik kendiri yang diubahsuai daripada Strategy Inventory for Language Learning (Oxford 1990) versi 7.0 dengan tambahan satu konstruk baru. Subjek kajian terdiri daripada 460 orang pelajar tingkatan empat daripada sepuluh buah sekolah menengah agama Terengganu (SMAT) dan tiga buah sekolah menengah Imtiaz di Terengganu. Ujian statistik inferensi MANOVA (aras signifikan p < 0.05) dan ANOVA (aras signifikan p < 0.01) dijalankan ke atas data soal selidik bagi menentukan hubungan antara penguasaan bahasa dengan penggunaan SPB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang bahasa menggunakan lebih banyak strategi secara kerap berbanding pelajar sederhana dan lemah dalam ketujuh-tujuh konstruk. Pelajar sederhana pula menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar lemah dalam ketujuh-tujuh konstruk melainkan dalam strategi afektif.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: strategi pembelajaran bahasa, bahasa Arab, sekolah menegah agama.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:05
Last Modified: 13 Sep 2022 05:05
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2770

Actions (login required)

View Item View Item