Mohd Sani, Ismail and Ruslimi, Zakaria (2019) Kepentingan penerapan pengetahuan pedagogi kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab. In: International Language, Culture and Education Conference 2019, 28-29 Aug 2019, Melaka.
Text
FH03-FKI-19-27946.pdf Restricted to Registered users only Download (439kB) |
Abstract
Setiap mata pelajaran yang dipelajari oleh pelajar di sekolah mempunyai tahap kesukaran dan strategi pembelajaran yang berbeza dengan harapan apa yang cuba disampaikan oleh guru dapat diterima dengan baik oleh pelajar dan dalam masa yang sama dapat memastikan keberkesanan pembelajaran berjalan dengan baik. Penerapan sesuatu strategi dan kaedah pengajaran sangat penting dalam meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, Kertas konsep ini bertujuan untuk mengkaji kepentingan penggunaan Pengetahuan Pedagogi Kandungan dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Arab. Bahasa Arab merupakan salah satu mata pelajaran yang dianggap sukar untuk dipelajari namun demikian, dengan penggunaan strategi dan kaedah yang bersesuaian ia akan dapat membantu menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku dengan sistematik dan berkesan. Pada dasarnya, kertas konsep ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan tinjauan sorotan literatur. Implikasi kertas konsep ini akan dapat membantu para guru dan pelajar untuk dipraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Diharapkan dengan terhasilnya kertas konsep ini bukan hanya berfungsi sekadar makalah akademik semata-mata malah ia dapat memberikan panduan, rujukan, pengajaran, serta sebagai solusi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran Bahasa Arab dengan berkesan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengetahuan Pedagogi Kandungan, Pembelajaran, Pengajaran, Bahasa Arab |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 08 Feb 2021 04:21 |
Last Modified: | 08 Feb 2021 04:21 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2594 |
Actions (login required)
View Item |