Kaunseling, Dakwah, dan Penerapan Aspek Akidah

Siti Hajar, Mohamad Yusof (2019) Kaunseling, Dakwah, dan Penerapan Aspek Akidah. In: Seminar Kaunseling Islam Antarabangsa, 23-24 November 2019, DABS UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-32525.pdf
Restricted to Registered users only

Download (163kB)

Abstract

Pegangan akidah adalah asas kekuatan rohani dan jasmani yang menjadi benteng umat Islam dari kerosakan, kesesatan, dan kekufuran. Bagi memelihara akidah umatnya, Islam mengajak umatnya menyeru ke jalan amar maaruf nahi mungkar serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran bagi mengelak kerugian dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Amar maaruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua umat Islam terutamanya bagi para pendakwah (da’i) dan konsep ini sama dalam konsep kaunseling yang turut membimbing dan menasihati klien kepada perubahan ke arah kebaikan. Dalam perspektif Islam, kaunseling membawa klien (mad’u) memahami keterangan dan penjelasan yang seiring dengan syariat Allah tanpa merosak dan menyesatkan akidah sama ada dalam fikiran dan tindakan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan di antara kaunseling dan dakwah amat jelas apabila proses kaunseling melibatkan usaha menyampaikan pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku antara kaunselor dan klien.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kaunseling, Dakwah, Penerapan, Akidah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Jan 2021 04:27
Last Modified: 26 Jan 2021 04:27
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2509

Actions (login required)

View Item View Item