Nurul Zubaidah, Mustaffa and Sarah Aqilah, Mazuki and Sharifah Musfirah, Tuan Azmi and Wan Nor Naimah Husna, Wan Mansor and Wan Nur Syahirah, Wan Yusof and Wan Mohd Yusof, Wan Chik (2019) Kempen “Buy Muslim First”: analisis menurut maqasid shariah. In: The International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 23-24 Nov 2019, Kuala Terengganu.
Text
FH03-INSPIRE-19-34184.pdf Restricted to Registered users only Download (487kB) |
Abstract
Kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) merupakan satu kempen yang dilihat mempunyai impak besar terhadap ekeonomi negara. Kempen yang tercetus sekitar akhir tahun 2018 ini dikatakan mampu membantu peniaga Muslim untuk lebih maju dalam sektor ekonomi Malaysia. Sungguh pun begitu, kempen ini mempunyai pro dan kontra dari pelbagai pihak. Namun, apakah asas yang menyebabkan berlakunya kempen ini dan bagaimana pengaplikasiannya di Malaysia. Objektif: Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kempen Buy Muslim First dari aspek bagaimana ia tercetus dan kewajarannya menurut maqasid syariah. Metodologi: kajian ini berbentuk kualitatif akan melibatkan pengumpulan bahan-bahan kepustakaan dan kemudiannya dianalisis secara deduktif dan induktif. Dapatan: Kajian mendapati kempen seperti ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullulah SAW di Madinah dengan objektif mengukuhkan ekonomi yang sewaktu itu dikuasai oleh bangsa Yahudi. Dalam konteks Malaysia, kempen ini berlaku sebagai respon masyarakat Islam selepas kerajaan memperkenalkan pengajaran tulisan Jawi di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Tamil. Pelbagai NGO telah berusaha untuk memperkenalkan pengaplikasian kempen ini dalam kalangan masyarakat yang mula disebarluaskan melalui media sosial dan sebagainya. Implikasi: Hasilnya kempen BMF ini sesuai dengan kehendak maqasid syariah dengan menggunakan konsep hifz mal dalam menjaga ekonomi umat Islam sekaligus menjaga kesemua aspek yang melibatkan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Selain itu, kempen ini juga dilihat amat relevan untuk dilaksanakan di Malaysia untuk kemaslahatan ekonomi umat Islam itu sendiri.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ‘Buy Muslim First’, ekonomi, produk Muslim, kemaslahatan, Maqasid Syariah. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HB Economic Theory |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 03 Dec 2020 02:24 |
Last Modified: | 03 Dec 2020 02:24 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2076 |
Actions (login required)
View Item |