Pendokumentasian Karya Ulama Terengganu Abad Ke 19 Dalam Memartabatkan Pengajian al-Quran Di Terengganu.

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Rohaizan, Baru and Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Engku Ibrahim, Engku Wok Zin (2012) Pendokumentasian Karya Ulama Terengganu Abad Ke 19 Dalam Memartabatkan Pengajian al-Quran Di Terengganu. In: Seminar Al-Quran Peringkat Antaranbangsa, Disember 2012, 20 August 2012, UniSZA.

[img] Image
FH03-FKI-18-12308.jpg
Restricted to Registered users only

Download (168kB)

Abstract

Kebanyakan karya-karya ulama tersohor Negeri Terengganu, hingga kini masih kekal diwarisidalam bentuk manuskrip tulisan tangan berbanding dengan karya-karya ulama Selatan Thailand.Ini merujuk kepada realiti kurangnya kesedaran, gerakan mahupun usaha untuk menerbitkannyadan menyebarkannya sejajar dengan era penyebaran ilmu dan kemajuan percetakan moden.Sekalipun ada di antara karya-karya ini pernah melalui proses percetakan tetapi ia dipersembahkandalam bentuk lama yang tidak diulang semula cetakannya. Naskhah-naskhah yang masih adasekarang, sama ada dalam bentuk manuskrip mahupun cetakan, kebanyakannya hanya beradadalam koleksi peribadi pewarisnya, sudah uzur dan tidak diselia dengan baik. Berkemungkinan besar, karya-karya ini akan rosak dan tidak boleh lagi untuk ditatap dan dikaji oleh generasisekarang dan akan datang. Maka bukan sesuatu yang mustahil, warisan dan bukti kesarjanaanulama silam Terengganu, khususnya dalam memartabatkan suatu sistempengajian Islam yangsyumul berteraskan al-Quran akan dilupakan dan tidak boleh dimanfaatkan oleh generasiterkemudian. Justeru, kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti manuskrip hasil sumbangan tigatokoh ulama Terengganu di kurun ke 19, iaitu Sayyid Muhammad bin Zayn al-Abidin al-Aydarus(Tok Ku Tuan Besar), Sayyid Abd al-Rahman bin Muhammad al-Aydarus (Tok Ku Paloh), danSayyid Ahmad bin Muhammad al-Aydarus (Tok Ku Melaka), dalam usaha merekamemartabatkan pengajian berteraskan al-Quran di Negeri Terengganu. Kajian ini menggunakankaedah melibatkan penyenaraian dan pengkatalogan karya-karya mereka, pendokumentasiandigital dan penyalinan semula karya-karya yang telah diketemui, dalam versi transliterasi rumi.Hasil kajian telah mengenal pasti bahawa Tok Ku Tuan Besar telah menyumbang sebanyak sebelas buah karya dalam pelbagai bidang pengajian berteraskan al-Quran seperti akidah, fekah,sirah nabi dan juga wirid amalan seharian. Manakala sumbangan Tok Ku Paloh difokuskan kepadaaspek pemurnian tauhid kepada Allah dan manual amalan khusus untuk mencapai matlamattersebut, dalam satu karya peninggalan beliau. Tok Ku Melaka juga didapati menyumbang dalam pengajian al-Quran seperti dalam bidang fekah dan amalan wirid harian yang dicatat dalam tiga buah karya beliau. Kajian ini telah memberi satu sumbangan dalam korpus kajian manuskripulama Melayu Terengganu khususnya menerusi satu versi baru koleksitransliterasi rumi karyatokoh-tokoh berkaitan di samping mengutuhkan manuskrip warisan peniggalan mereka dalam bentuk versi manuskrip digital.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 02:45
Last Modified: 19 Oct 2020 06:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/162

Actions (login required)

View Item View Item