Konsep Pendidikan Menurut Pemikiran Muhammad Rashid Rida

Mohamad Zaidin, Mat@Mohamad and Muhamad Zaid, Ismail and Norahida, Mohamed (2017) Konsep Pendidikan Menurut Pemikiran Muhammad Rashid Rida. In: The International Seminar On Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC 2017), 4-5 March 2017, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-17-09467.pdf
Restricted to Registered users only

Download (380kB)

Abstract

Muhammad Rashid Rida merupakan salah seorang tokoh islah yang berpengaruh ketika di ambang kejatuhan khilafah Islamiah. Pada masa kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah, aspek pendidikan mengalami kemunduran terutama di Wilayah Syria, Mesir, Baghdad dan lain-lain. Situasi ini telah mendorong Muhammad Rashid Rida mengemukakan pemikirannya berkaitan pendidikan dalam majalah al-Manar bagi menyedarkan umat Islam tentang permasalahan yang sedang dihadapi. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti pengertian pendidikan serta elemen-elemen yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut pandangan Muhammad Rashid Rida. Selain itu, artikel ini juga menjelaskan pandangan beliau tentang peranan yang perlu dimainkan oleh ulama dalam membentuk masyarakat yang berilmu serta permasalahan dualisme dalam sistem pendidikan di dunia Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menjalankan kaedah pengumpulan data melalui metode dokumentasi. Data-data yang diperoleh telah dianalisis berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemikiran Muhammad Rashid Rida dalam aspek pendidikan adalah menyeluruh yang merangkumi semua peringkat pendidikan. Beliau juga menekankan perlunya pengislahan dalam beberapa aspek bagi menjadikan pendidikan sebagai ejen yang boleh membina kembali kegemilangan peradaban ummah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 04:25
Last Modified: 18 Nov 2020 04:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1580

Actions (login required)

View Item View Item