Fungsi masjid sebagai agen perubahan komuniti terdidik

Nizaita, Omar and Razi, Yaakob and Zulkifly, Muda and Kasyfullah, Abdul Kadir and Manapiah, Maoti (2018) Fungsi masjid sebagai agen perubahan komuniti terdidik. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 08 Nov 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FUPL-18-20520.pdf
Restricted to Registered users only

Download (190kB)

Abstract

Ledakan arus globalisasi dan kepesatan teknologi maklumat hari ini telah banyak mengubah corak sosiobudaya dan mempengaruhi nilai-nilai hidup masyarakat dunia hari ini. Fenomena ini memerlukan setiap pihak dan institusi yang terlibat dalam agenda sosial membuat persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi cabaran yang begitu kompleks. Justeru, fungsi masjid sebagai institusi sosial komuniti setempat juga menjadi lebih dinamik. Sejarah awal Islam menunjukkan bahawa masjid-masjid yang dibina ketika itu mampu diangkat sebagai agen transformasi komuniti terdidik. Artikel ini akan cuba menelusuri perjalanan seerah nabawiyyah berkaitan peranan besar yang dimainkan oleh masjid dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara menerusi sehingga mampu membina sebuah tamadun ulung yang gemilang. Di samping itu, kedudukan dan fungsi masjid dalam realiti di Malaysia khususnya turut dikaji dan diteliti. Akhirnya, satu rumusan dibuat dalam merangka satu strategi berkesan untuk dilaksanakan bagi memperkasakan institusi masjid hari ini sebagai agen transformasi komuniti. Kertas konsep yang bakal dikemukakan merupakan hasil analisis dan gabungan padu daripada beberapa kajian sebelum ini yang digarap menjadi lebih mantap dan terkini. Diharapkan masjid perlu bertindak secara proaktif, professional dan mengatur strategi yang efektif selari dengan kehendak semasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 08:06
Last Modified: 16 Nov 2020 08:06
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1464

Actions (login required)

View Item View Item