Pengaruh kepimpinan pelajar universiti awam terhadap pendidikan pendemokrasian di Malaysia

Abdullah, Ibrahim and Wan Khairul Aiman, Wan Mokhtar and Salman, Lambak (2018) Pengaruh kepimpinan pelajar universiti awam terhadap pendidikan pendemokrasian di Malaysia. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 06 Nov 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FUPL-18-22857.pdf
Restricted to Registered users only

Download (201kB)

Abstract

Pembangunan dan kemajuan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 bergantung kepada kejayaan pemimpin dalam mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara secara padu dan berterusan berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan 1948. Pembangunan pendidikan pendemokrasian amat penting dalam memastikan kerukunan dan kedamaian sesebuah negara. Proses ini perlu berlangsung dengan sempurna bagi kebaikan semua warganegara ke arah meningkatkan kemajuan negara pada masa akan datang. Mahasiswa dan mahasiswi adalah barisan hadapan negara yang diharapkan untuk memikul amanah kepimpinan pada masa hadapan. Pelajar berperanan penting sebagai bakal pemimpin negara dan perlu mempunyai tahap pemahaman dan penghayatan yang tinggi tentang pendemokrasian dan kewajipan sebagai warganegara Malaysia. Secara khususnya, kajian ini meneliti pengaruh kepimpinan pelajar terhadap pendidikan pendemokrasian dalam kalangan pelajar Universiti Awam di Malaysia. Kaedah tinjauan keratan rentas diaplikasikan dalam proses pengumpulan data yang melibatkan soal selidik Kepimpinan Pelajar yang dibentuk oleh Kouzes & Posner pada tahun 2007, soal selidik Pendidikan Pendemokrasian daripada Evans & Rose pada tahun 2007. Seramai 326 orang pemimpin pelajar universiti awam di Semenanjung Malaysia telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kepimpinan Pelajar juga turut memberi pengaruh sebanyak 39.6% terhadap Pendidikan Pendemokrasian. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin negara, pihak pentadbiran universiti, dan jabatan pendidikan sebagai panduan dalam menilai aspek kepimpinan pelapis pemimpin negara. Di samping itu, kajian ini boleh dijadikan rujukan asas bagi meningkatkan pelbagai ilmu pengurusan kepimpinan berteraskan pendidikan pendemokrasian sebagai asas pembentukan jati diri pemimpin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 02:05
Last Modified: 16 Nov 2020 02:05
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1389

Actions (login required)

View Item View Item