Pemantapan Sahsiah Ulul Albab bagi pelajar Sekolah Menengah Islam Kontemporari di Terengganu

Nur Anis, Abdullah and Rahimah, Embong and Azhar, Yaacob (2016) Pemantapan Sahsiah Ulul Albab bagi pelajar Sekolah Menengah Islam Kontemporari di Terengganu. In: International Postgraduate Research Conference, 08-10 Oct 2016, Terengganu.

[img] Text
FH03-INSPIRE-17-08301.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemantapan sahsiah Ulul Albab bagi pelajar sekolah menengah Islam Kontemporari di Terengganu. Sejak akhir-akhir ini, kita sering berhadapan dengan suasana yang penuh dengan kemelut keruntuhan akhlak yang cukup membimbangkan, sedangkan pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang dan melayakkan diberi gelaran Ulul Albab. Sepertimana yang diperhatikan dalam amalan beberapa buah sekolah di Malaysia yang berkonsepkan Ulul Albab seperti IMTIAZ, lnstitut Al-Qur'an Terengganu (IQT) dan sekolah-sekolah menengah agama Islam kontemporari. Sekolah-sekolah tersebut merupakan pelajar cemerlang akademik dan menghafal Al-Qur'an yang dapat melahirkan generasi Ulul Albab dan selaras dengan ciri-ciri golongan Ulul Albab iaitu mereka yang Qur'anik, Ensiklopedik dan ljtihadik. Pemantapan sahsiah Ulul Albab harus dibina berasaskan pembinaan diri pelajar sebagai khalifah Allah yang mempunyai dua keupayaan utama iaitu; tadabbur ayat-ayat Al-Qur'an dan juga tafakkur tanda­ tanda kejadian ciptaan Allah. Akhirnya, gabungan kedua-dua keupayaan tersebut dapat mencetuskan rasa taqwa kepada Allah. Kajian ini telah melibatkan beberapa kaedah penyelidikan yang bersifat kualitatif kaedah analisis kandungan (content analysis method) akan digunakan untuk mengkaji data dokumen dan kaedah kontemplatif (contemplative method) juga digunakan untuk menganalisis ayat­ ayat Al-Qur'an. Kajian ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para pendidik, pakar motivasi, ibubapa dan pelajar dalam memahami konsep Ulul Allbab dalam usaha membangunkan sahsiah pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 04 Nov 2020 06:51
Last Modified: 04 Nov 2020 06:51
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/997

Actions (login required)

View Item View Item