Ciri-ciri sahsiah bersepadu islam bagi pelajar islam komtemporari

Nur Dina, Adnan and Mohd Taufiq, Abd. Talib and Rahimah, Embong (2016) Ciri-ciri sahsiah bersepadu islam bagi pelajar islam komtemporari. In: International Postgraduate Research Conference, 08-10 Oct 2016, Terengganu.

[img] Text
FH03-INSPIRE-17-08303.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kertas ini adalah untuk mengkaji pemantapan Sahsiah Bersepadu Islam yang meliputi ciri-ciri dan indikator-indikator bagi personaliti yang holistik. Selepas berlakunya penjajahan Barat, lama, hampir semua Negara Islam telah mengalami impak daripada amalan sistem pendidikan yang bersifat dualisma, iaitu wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza, iaitu sistem pendidikan sekular moden dan sistem pendidikan agama tradisional. Sistem pendidikan sekular moden didapati lebih menekankan penguasaan ilmu-ilmu akademik dan keterampilan namun kurang dalam aspek kerohanian sehlngga melahirkan seorang professional yang berjiwa kosong. Manakala sistem pendidikan agama tradisional pula menumpukan kepada keagamaan semata-mata dan kurang terhadap pendidikan umum sehingga melahirkan agamawan yang alim tetapi kurang mampu menghadapi cabaran masa kini. lsu dualisme dalam pendidikan ini telah memberi dilema kepada masyarakat Islam. Justeru, timbulnya usaha-usaha penyepaduan antara kedua-dua sistem tersebut bagi melahlrkan modal insan yang seimbang dan holislik, iaitu tidak terpisah antara ilmu keduniaan dan ilmu keagamaan, Justeru, matlamat kajian ini adalah untuk merangka satu model sahsiah bersepadu Islam. Kajian mendapati bahawa sahsiah bersepadu Islam meliputi aspek spiritual,moral, intelektual, fizikal, individual, sosial dan professionalisme. Kajian telah mengenalpasti sahsiah bersepadu Islam mempunyai empat ciri utama, iaitu Hujjatul Islam, insan soleh, khalifatullah dan profesional. Kerangka konsep yang dibina akan menerangkan ciri-ciri dan indikator-indikator bagi pemantapan sahsiah bersepadu Islam. Kajian ini juga menggunakan analis1s kritikal, dan bersifat konseptual. Kajian 1ni memberi implikasi kepada pembina kurikuium dan pengurus pendidikan bersepadu Islam dalam merangka kurikulum dan merancang program pemantapan sahsiah pelajar Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 04 Nov 2020 04:47
Last Modified: 04 Nov 2020 04:49
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/996

Actions (login required)

View Item View Item